Thursday, October 7, 2010

BAGAIMANA NAK MENGATASI PASANGAN YG SEDANG MARAH ??

Dalam mengatasi pasangan yg sedang marah, ramai yg hubungan mereka terputus di tengah jalan kerana tidak tahan dengan kemarahan pasangan masing-masing.Kadang-kadang berhadapan dengan org baran nie, sakit jugak hati. Rasanya nak jugak cekik org yg baran ni. Sikit-sikit nak marah. Ingat dia sorang je tahu nak marah? Tapi, org cakap, api jangan dilawan dengan api. walaubagaimanapun, terdapat langkah untuk mengatasi pasangan yg sedang marah. nak tahu rahsianya?? jom kita semak apa rahsia dan langkah untuk menyejukkan hati org yg sedang marah..

1) Diam buat seketika
- jika pasangan anda sedang marah, cuba anda diam seketika. dengar apa masalah dan keluhan yg membuatkan si dia marah. Jangan sesekali anda cuba untuk interupt ataupun cuba nak melawan kata-kata org yang sedang marah. Nanti tak pasal-pasal, anda jugak yg akan kena marahnya. Cuba dengar apa yg ingin dikatakan dan setelah selesai dia melepaskan geramnya, barulah anda cuba untuk menasihatinya dengan cara baik.

2) Jangan cuba nak berpaling muka atau nak buat tak endah pada pasangan yg sedang marah
- Jika pasangan anda sedang marah, jgn pula anda nak buat tak tahu, ataupun berpaling ke arah lain, ataupun buat kerja lain. Kalau tak, siaplah. Nanti anda jugak yg akan jadi mangsa seterusnya. Walau semarah manapun org itu, cubalah untuk melihat muka si dia. Renung muka si dia, gerenti marahnya akan berkurangan. Walau seburuk manapun, org yg tengah marah nie, cuba tenung je muka dia. Walaupun bak kata org, lebih baik makan hempedu daripada tgk muka si dia, tp cubalah tgk..Cuba lontarkan senyuman pada si dia. Bak kata org, senyum itu adalah penawar kepada kemarahan. Jangan pula anda ketawa, nti tak pasal-pasal kena sapu "BLUSHER" kat  pipi. Ini akan mengurangkan marah si dia.

3) Mengaku kesalahan anda jika berbuat salah
- Jika anda melakukan kesalahan, cepat-cepat mengaku kesalahan  anda sebelum pasangan anda naik angin gila.  Mengaku kesalahan adalah benda paling mulia dilakukan, jika si dia nak marah lagi, sekurang-kurangnya anda berlaku jujur dengan perhubungan anda. Jika pengakuan anda membuatkan si dia makin marah, cuba tanya pada pasangan anda " jika sy jujur salah, kalau sy tipu lagilah salah. awk nak sy terus tipu awk, atau awk nak terima kebenarannya. " Gerenti si dia akan tergamam dan tak akan jawab apa-apa.

4) Jika keadaan semakin tegang, apa yg anda perlu buat adalah BERSERAH JE LA.. 
- mungkin memang hari tu adalah takdir anda untuk dimarahi seseorang. Bila anda berserah, jangan lupa baca ayat Al-Quran surah 4 kul, dan hembuskan ke muka pasangan anda. Nescaya dengan izin ALLAH, marahnya akan berkurangan sekejap sahaja.

Semoga dengan 4 tips ini, boleh membantu pasangan-pasangan di luar sana untuk terus  bahagia dengan perhubungan masing-masing. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia, kenalah pandai menjaga perasaan org lain. Jangan lah sebab kemarahan anda, boleh menguris hati org yang anda sayang.

Monday, October 4, 2010

TERSURAT DISEBALIK YG TERSIRAT

hidup ini bnyak pilihan
kadang-kadang aku menjadi keliru
mane satu yg patot aku pilih
mana satu yg ditakdirkan untuk meneruskan hidup aku
mana satu yg terbaik untuk aku
mungkin org tidak memahami
rasa aku, perasaan aku, luka aku, dan tawa aku
didunia ini aku bukan hnya mencari cinta
bukan hanya mengejar kemewahan
bukan hanya mencari keseronokan
tapi aku mencari kebahagiaan
aku mencari ketenangan
aku mencari SYURGA HIDUPKU
hanya org yg buta tidak pandai menilai
aku REDHA andai aku tidak mendapat kegembiraan
aku REDHA andai aku tidak memperoleh kesenangan
aku REDHA andai aku tidak mempunyai CINTA MANUSIA
andai aku hanya memperoleh CINTA HAKIKI
andai aku mendapat ketenangan
andai aku mempunyai nilai dan iman..


wallahualam...