Friday, August 10, 2012

My First Trial

Assalamualaikum...

hai readers... lamanya xupdate blog.. nak kata busy, tak ade la busy sangat. Sejak final exam bulan Julai aritu, dah terus balik kampung. Bile dah kat kampung nie, faham - faham je la. Banyak pulak benda yang perlu dilakukan, termasuklah menyiapkan lesen L kereta saya yang tertanam dalam dompet tu. Sampai kena update tempoh hayat die. Punyelah tak ada masa kan masa kat puncak. 

Okeyh la. Arini nak story morry sikit pasal .. Jeng..Jeng...Jeng.. 




nieee diyaaaaaaa... Puding roti kukus. hahaha... macam la org lain tak taw nak wat benda nie kan... benda simple macam nie, saya sorang je yg baru taw nk buat kan.. Actually excited ckit sbb bru first time buat n terus menjadik .. 


nak taw caranya : meh cni.. kita share ckit.. kan sharing is caring. 

bahan-bahan : 
- sebungkus roti keping
- 3 biji telur
- 1 1/2 sudu esen vanilla
- 5 sudu gula
- sedikit planta
- sedikit kismis
- sedikit serbuk penaik
- satu tin susu cair 

wokeh... bahan -bahan dah tersedia. so, ape lagi. Jom .. mula..

Mula3, amik balang kosong, then masukkan gula, 3 biji telur, masukkan esen vanila. dan kacau sehingga sebati. bile dah nampak gula tu dah macam nak hancur cikit, masukkan satu tin susu cair, then kacau lagi, sehinggalah gula di dalam susu tersebut air sepenuhnya. biarkan seketika. 

Langkah kedua, potong kepingan roti supaya menjadi kepingan - kepingan kecil setelah soti tersebut disapu dengan planta. then, susun kepingan roti yang telah dipotong itu kedalam sebuah loyang. Kemudian, taburkan kismis ke atas roti itu. 

Akhir sekali, tuangkan adunan susu cair tu ke ats roti. dan sedia utk dikukus. tnggu sehingga 20 - 25 minit, dan sedia dihidang.. 

~ SELAMAT MENCUBA ~

Tuesday, May 29, 2012

My cousin yg bergelar 'PUAN' ..

Assalamualaikum.... 

Hai readers... lama tak update post . Biasa la. Masa yang tak mengizinkan. Dengan assignment yang berlambak, ditambah pulak dengan banyak masalah akhir - akhir ni. Masalah lain tak apa lagi. Kalau masalah hati ni la yang sakit sikit. Tak apa la. Semua tu kerja Tuhan. Adalah hikmahnya tu. 

Hari ni nak share pasal hari weeding my cousin. Walaupun dah lebih dua minggu event tu berlangsung, rasanya masih lagi dalam mood pengantin baru kan. So, tak terlambat la kalau nak wish sekali lagi ,"selamat pengantin baru kpd pasangan Nurnadia Shazhera bt Noraidi dengan suaminya Nik Mohd Faris b. Nik Ismail. (nampaknya pengantin kena bagi hadiah lebih la utk penulis ni sebab wish dua kali kan) .. 

So, lets take a look for a few picture during her weeding day  : 





detik detik sebelum bergelar isteri



setelah sah bergelar suami isteri



ni semasa istiadat merenjis .. 


sy bersama puan pengantin.. (da naik pngkt jd puan da) .. 


Cik pengapit pun trasa nk jd princess.. (bkn selalu pn) 


ermmm... teka... sape adik, sape kakak ?? 


entah bila nk merasa dipayungi oleh payung kuning mcm ni kn... huhu




ibuku bersama ayh saudara (AJK tertinggi mjlis) hihihi




dari sini dah boley bau 'colek' org tu nk blnja.. hahaha





gambar pelamin pengantin


semasa majlis menyambut menantu di Kelantan


makan makan.. nanti lepas kawin xboley pkai cantik3 da semasa makan.. kn ?


berbalas hadiah utk besan 


sukanya... semoga kekal mcm ni la ye.. 


bersama suaminya .. 


P/s : semoga brbahagia ke anak cucu kpd pasangan pengantin.. eh, bkn ank cucu.. ke akhir hayat.. amin..~

Wednesday, April 25, 2012

Semakin Hari , Semakin Tenat..!!

Assalamualaikum w.b.t ...

Semakin hari semakin tenat, sesuai dengan keadaan bumi kita  yang semakin hari semakin tenat. Tidak mustahil tadi semasa aku berada di dalam bas, terasa peluh mengalir di pelusuk tubuh sedangkan aircond yang dipasangkan oleh pemandu bas di tahap yang tinggi .. 




Apabila melalui di sebuah daerah di Terengganu, ternyata banyak tempat kelihatan seperti padang gurun.. Tiada pokok - pokok, yang ada hanya rumput kering dan sebahagian tempat rumput yang terbakar..

Jadi, tidak mustahil suatu hari nanti, ada sesuatu yang kejadian yg berlaku di luar jangkauan minda kita sendiri.. 





Tak mustahil kan jika suatu hari nanti kulit kita akan melecur jika terkena cahaya matahari ? FIKIRKANLAH..

Oleh itu, jom sayangi bumi kita... Jangan susah untuk memberi komitmen kpd program "Selamatkan Bumi Kita"..




Pesanan utk semua : Tak rugi kita syg bumi kita sendiri. Jika tidak bumi kita hanya menunggu masa untuk hancur... 


Friday, April 20, 2012

Setelah Sekian Lama ...

Assalamualaikum.... setelah sekian lama...stelah sekian lama tak update blog. Nak kata busy, tak de la sangat. ermm.. biasa la.

Menyedari hakikat itu, aku sudah masuk tahun akhir pengajian aku (sebak pulak rasa hati ni) . Yela, menunggu untuk 3 tahun. Finally, setelah masuk tahun akhir, banyak pulak komitmen ni. Tak ape lah. Ini semua dugaan. Bukan senang nak mencapai kejayaan kan. 

Tetiba teringat pulak zaman SPM aku dulu. Banyak dugaan jugak. Selalu cikgu cakap , "awak kalau selalu tido dalam kelas, macam mana nak berjaya ?" 



Tapi, ntah kenapa. Mungkin keajaiban ilahi, inilah. Kehidupan diteruskan. Telan sahaja apa yang ditakdirkan. Orang cakap, kalu kita redha atas sesuatu kejadian, maka ucapkanlah syukur. Sesungguhnya, itu adalah permulaan yang baik untuk hidup kamu. 

Kalu dulu aku selalu terfikir, kenapa aku dapat ni, kenapa aku dapat tu. Tapi, bila banyak kali pikir, mungkin ada hikmah disebalik itu semua.

Waaa... back to my life now. Sekarang dah tahun akhir, masuk bulan 9 ni, dh nak praktikal. Ntah hospital mana yang aku dapat. Tak kisahlah. Yang penting, aku dapat praktikal and semuanya brjalan dgn lancar. 

Semoga research aku tahun ni, dapat dicompletekn.. Cita - cita aku masa tadika dulu adalah untuk menggenggam segulung ijazah. Insyaallah. Mudah - mudahan nanti cita -cita aku tu tercapai. Amin..~