Assalamualaikum...
Apa khabar semua readers ? Harap2 semua sihat walaupun sekarang musim pilihanraya. So, apa yang aku doakan, semoga korang buatlah undian yang betul. Jangan kerana sifat taksub semata-mata, one day, maruah negara tergadai. Sebagai rakyat, kita haruslah membuat pilihan bijak.
Bertepatan dengan tajuk entry, bunyinya macam sedikit politik ye kan. ? Tapi aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa sedikit tidak puas hati dari pandangan aku sendiri dan ini aku tak nak libatkan langsung dengan politik.
Bumi Kelantan tempat lahirnya aku ni, sekarang memang tak lekang dengan ceramah dari parti-parti politik. Yela.. Nak raih undi katakan. Tapi, setiap kali aku keluar nak cari barang keperluan, rasa berbulu je mata bila tengok banner tentang "PENDIDIKAN PERCUMA".
Secara kasar, pendidikan percuma ini terus menjadi isu untuk pelajar IPTA/IPTS. Kononnya, orang muda terbeban dengan hutang. Bagi aku, memang tidak dinafikan yang semakin hari semakin ramai adik-adik kita yang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada untuk IPTA/IPTS. Bagi aku, isu pendidikan percuma ini tidak wajar dipertengahkan kerana ilmu bukan mudah untuk didapati.
Sedangkan, nabi pernah berpesan, "Hendaklah kamu mencari ilmu biar sampai ke negeri China". Ini menunjukkan betapa tingginya nilai ilmu sehinggakan pesan nabi Muhammad S.A.W untuk menuntut ilmu hingga ke negeri China. Tapi, jika disebabkan PTPTN dan pendidikan percuma, aku yakin, one day, anak-anak kita nanti tidak berusaha keras untuk mendapatkan ilmu.
Aku menulis berdasarkan apa yang pernah aku lalui. Aku juga merupakan pelajar IPTA. Dan sememangnya, aku mengharapkan mendapat biasiswa daripada kerajaan untuk menampung kos pembelajaran aku. Namun, rezeki tidak menyebelahi aku.
PTPTN telah mengeluarkan berita baik semasa aku tahun satu belajar di IPTA dlu. Sesiapa pemimjam yang mendapat ijazah kelas pertama, iaitu grad dengan mendapat CGPA 3.5 keatas, secara automatik, pimjaman PTPTN itu diconvert sebagai biasiswa. Disebabkan itu, kami sebagai pelajar, belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pendidikan percuma. Formula yang simple, kena belajar betul2, dapatkan CGPA 3.5 ke ats, then korang dptlah pendidikan percuma. Senang kan ?
Kenapa plak baru skrang nk tuntut pendidikan percuma ? Bagi aku, wang yg telah aku gunakan untuk menampung pembelajaran aku kat universiti dlu, aku anggap sebagai satu pengorbanan untuk memperoleh ilmu dan sekaligus, ia juga sebagai motivasi untuk aku supaya terus belajar tanpa mengira penat lelah. Sebab apa yea ? Yea, sebab duit. Kerana aku bukan berasal dari keluarga yang kaya, tapi kami sekeluarga tahu, duit bukan mudah untuk dicari. Dengan pengorbanan wang itu mencari ilmu, aku lebih menghargai ilmu dan alhamdulillah, bulan 5 tahun ni, segala pengorbanan dari segi wang, usaha, penah lelah, masa dan sebagainya akan terbalas setelah aku dengan rasminya akan bergelar seorang graduan.
So, kepada semua, jangan kita nilaikan ilmu sebanding dengan wang ringgit. Wang memang boleh dicari, tetapi ilmu bukan semudah yang disangka. Menghargai ilmu itu sebenarnya akan lebih mengajar kita untuk lebih bersikap terbuka dan mnghormati orang sekeliling. Dengan itulah terbentuknya sahsiah kita sebagai seorang individu yang berjaya.
So, aku ada pesanan terakhir jugak.. Kepada readers smua, skang semua dah tahu musim demam politik. Tp, jgn plak terlalu taksub dengan politik sehinggakan kita mengaibkan orang lain. Sampai masa, sampai ketika, kita hanya pangkah sahaja mana yang berkenan dihati.. Owrite ?
