Tuesday, August 5, 2014

Hati Keras, Hati Batu Punca dari MAKANAN.. !

Assalamualaikum..

Salam Syawal buat semua. Amacam? Best raya? Sekarang dah masuk bulan Syawal. Dah ada yang start Puasa 6? Aku belum lagi. Hihihi..

Tengok tajuk entry macam seram kan? Mesti ada korang terfikir sebab kes Cadbury ke. Opsss.. Hihihi. Meh aku nak bagitaw sikit. Korang pernah dengar kan kes-kes perangai2 orang-orang KL. Sorry ye. Entry ni bukan dituju untuk orang KL. Tapi untuk yang bermastautin di KL. Masa kat kampung, comei jek perangai, sopan santun je. Tapi bila dah masuk negeri luar, lain macam pulak perangainya. 

Aritu aku ada la terdengar ceramah seorang ustaz. Tapi aku lupa apa nama Ustaz yang bagi ceramah. Dia ada la cerita pasal kisah zaman-zaman dulu. Ceritanya macam ni :

" Ada seorang lelaki kahwin dengan isteri dia. Dah lama. Tapi tak ada anak. Maka, si lelaki ni pun bernazar, Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam (Something like that la). Then, nak jadikan cerita, si isteri dia pun mengandung then dapat anak. Nak tak nak, lelaki ni kena tunaikan nazar dia. Anjing? Kan memang haram. So, si lelaki ni jumpa dengan Nabi Musa a.s. Tanya macam mana. Nak tunaikan ke idok? haa... So, jawabnya nabi Musa a.s :

" Kamu tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam." Dan, Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

See.. So related dengan cerita ni, aku nak cerita sebenarnya kehidupan kat KL orangnya sangat busy. So masing-masing mana sempat masak. Banyaknya kedai mamak 24jam. Dengan hidup yang busy, keluar pagi balik malam, memang tak menyempat nak balik masak. 

* sekadar gambar hiasan

So, cerita kat sini. Lagikan air tangan orang yang tak sembahyang lagi hina, nikan pula air tangan orang kapir. Yang kerja kat kedai mamak tu tak semestinya Islam. Ada yang bangla, myanmar, Vietnam. disebabkan kerja kedai mamak, jadi dieorang pakai la kopiah kononnya nak menarik pelanggan. Yang kita yg membeli bukan tahu pon Islam ke tak kan. 


*sekadar gambar hiasan

Aku ada la buat sikit-sikit research.. Ceewaahh. Haa.. Tertanya-tanya. Kenapa orang-orang baik, semua dapat anak pun baik-baik. Bila tengok punya tengok kehidupan dieorang, dieorang, makan kat rumah. Parents dieorang pon jenis yang bukan tinggal solat. Then, baru aku terfikir. Patotla.

Aku sejak duk kat KL yang baru berapa bulan ni pon dah naik meluat dengan perangai-perangai orang kat sini. Perangai memang teruk. Baik yang Melayu, Cina, India ataupun bangsa lain sama je. Kalau dah kurang ajar, memang tetap kurang ajar tambah-tambah di jalan raya. Aku yang susah marah ni pun kadang-kadang naik angin dan cepat melenting. Geram sesangat. Tapi tak adalah macam CDM25. Sebab tu kalau aku nak makan, jarang sangat aku makan kat kedai mamak 24jam. Bukan jarang. Tapi memang tak la. 

Aku asal dari Kelantan. So far, aku dah nampak perbezaan ketara antara org Cina Kelantan dengan orang Cina bandar. Sb kat Kelantan jarang ada bangsa India. Kalau nak jumpa bangsa India, 1 dalam 1000. memang susah. 

Apa yang aku nampak, Cina Kelantan jenis yang sopan santun gitu, cakap lemah lembut. Susah nak cari orang Cina yang jenis macam tu. Baik. Mungkin sebab faktor di kampung. Juga sebab faktor industri makanan. Sebab kebanyakkan restoran atau kedai makan di Kelantan dimonopoli oleh orang Melayu. Kalau yang terkena makan dari air tangan orang yang alim, baik la perangainya. Tak kiralah Melayu ke, Cina ke, India ke. Sama je.

So, pada korang-korang yang tinggal kat KL, belajar-belajar la memasak sendiri kat rumah. Takot kita jadi hati keras, hati batu, busuk hati. 

Okew. Salam pesan-pesan buat semua. Tata~

Tuesday, July 29, 2014

Nikmat dariNYA..


Assalamualaikum..

1 Syawal 1435H @ 28hb Julai 2014. Apa lagi. Hari raya la kan. Teringat masa kecik-kecik dulu. Kemain lagi excited nak raya. Hahaha.. Sekarang bila dah besau excited tu xde la sangat, tapi terasa jugak rasa nikmat yang diberi oleh Nya sempena menyambut hari kebesaran selepas sebulan berpuasa.

Bagi aku yang dah semakin hari semakin berumur, rasa gumbira tu tetap ada, tapi tak semeriah masa kocik-kocik dulu la yep. Untuk tahun ni, tak banyak rumah member yang boley pegi. Almaklum la, masing-masing dah berkeluarga. Untuk aku pulak, hahaha.. Tak tahu bila lagi la yep. Jodoh bukan kita yang tentukan. Doa-doakanlah yep.

Kekurangan? Kekurangan tetap ada dan terasa. Mungkin diri ini tidak cukup persiapan. Maybe? ataupun mungkin jugak sebab faktor usia. Hahaha (bajet macam dah berumur 80tahun jep). 

So, aku nak share ckit gambar2 sepanjang hari raya pertama. Walaupun xde yang meriah sangat, tapi berserdahana sudah cukup. 

Bersama Family. Tema oren sebenarnya. Tapi disebabkan duk jauh dari family, warna baju lain cikit. Tapi xpela. Asal nampak oren. haa

Posing cikit. Masa beraya di kampung. Gunong, Bachok, Kelantan. 


Family lagi. Tadi gambar pa tutup mata. Skang dah bukak mata. Haa.. gitu. :)

Bersama sepupu-sepupu sebelah papa. 

Comei kan kami? Ngee.. :)

Lagi.. Sama besar jep dengan sepupu. Dalam ramai-ramai, aku yang paling tua. Haha

Random style !

Selpie with family. Yang empunya handphone sibuk nak guna 360. Tak real langsung nampak.
Ni malam raya sebenarnya. Sibuk nak ngetest baju raya. Muka ntah pape. Haha

Pagi raya. Wif my sis. bajet tinggi budak tu. huh!

Again. Selpie with her. Nak tunjuk warna mata ker?

Dekat umah pak sedara pun menyempat. haha.. :)



So, untuk tahun ni, duit raya pun tak berapa nak banyak. Tapi tak pe. Asalkan ikhlas. Mudah-mudahan dipermudahkan dan dimurahkan rezki untuk masa depan. Ada rezki lebih, tahun depan boley bagi lebih yea budak-budak. haha.. :)

So, sempena raya ni, aku dikesempatan ni nak mohon maaf pada kawan-kawan yang aku xsempat nk mintak maaf personally tak kira, melalui mesej ke, instag ke, or fb. So, kosong-kosong yep.!

Hari raya ni memang dah pasang niat. Untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biar la orang lain dah tanam azam awal-awal. Tapi, aku masa ni terasa ketuaan disitu. Insyaallah. Doakan perubahan aku sedikit-demi sedikit ni semoga istiqamah hendaknya.

So, u alls, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. !


Thursday, June 5, 2014

Sikap Orang Bandar..

Assalamualaikum.. 

Hai readers semua. Lama tak update blog. Kalau kat rumah ni, dah penuh sarang labah-labah ni kan. Alahai.. Untuk semua, aku ada la jugak nak kongsi rasa tak puas hati ni. Ceewwwaaahhh.. 
Okey, okey.. Topik hari ni aku ada cerita nak bagitaw pasal sikap orang-orang bandar. 

Macam aku ni yang dah biasa duk kat kampung, memang tahu la perangai orang kampung macam mana. Bila dah stay lama kat bandar ni, baru tahu.. ooooo.. macam ni rupanya perangai orang kat bandar, tambah-tambah perangai orang-orang kota metropolitan ni. 

Yang biasa balik kerja dengan kesesakan ataupon jem kat highway, memang sangat sakit hati betul. Yang jenis nak cepat, suka sangat potong que orang, pastu suke menyelit2 kenderaan. Hamboi-hamboi.. Mentang2 hang pakai kerja canggih, nak tunjuk lagak kat jalan raya yea. Kalau hang tu pakai motor, okew la jugak nk menyelit2, mencelah2. Orang xdak kisah pon. Ni kalau kereta besar bas, ada hati nk mencelah, memang tak la kan. 

Mungkin entry aku ni bunyi macam rasist la cikit, tapi pada pandangan aku, memang kenyataan pun. Apa yang aku nampak, memang macam tu. Kalau xbetul, sorry la. Aku xcakap semua. Tapi kebanyakkan.

 

Biasa orang cina, lelaki, yang pakai kereta besar-besar, suka sangat nk cepat. Cik abang, orang lain pun ada rumah jugak. Rumah hang tu tak lari kemana nye. Hang nak cepat, kang xpasal2 eksiden, mula nak salahkan orang. Kalau yang chinese perempuan, aku boley tabik cikit. Sebab dieorang memang ada sikap sayang. Sayangkan ape? Sayangkan kereta la dik non. Beli kereta mahal-mahal, takkan nak bagi rosak sesenang kan. bagus2. Yang penting ikot peraturan jalan raya. Jalan raya kan ada peraturan. So, ikot peraturan aku rasa lebih selamat. naaaa?

Haaa.. Untuk jenis yang kelam kabut, aku rasa orang India kot. Yela, Kalau aku pegi mana-mana, nampak macam kelam kabut, jalan xboley masuk pon nak masuk, jalan sehala dia buat dua hala. Lampu merah dia buat lampu hijau. Yela, bak kata orang, kalau tak sampai ajal tak pe, tapi kalu dah sampai ajal, hang sendiri jugak yang tempah tiket. haa.. 

Untuk melayu pulak ? Untuk melayu yg driver nye pempuan, bawa kereta bukan main berhati-hati. Slownye cik kak. Takut kereta calar then nti kena marah kat laki ye? Takpun, kereta baru beli, bayar pun baru sebulan, mesti la kena slow kan. haha.. pastu, bawa kereta pulak, tak tahu mana satu garisan. Main redah aje. Kejap kiri, kejap kanan.  Hahaha..

Okew. Aku ni jenis kuat jugak membebel. Kalau sesapa yang pernah naik kereta dengan aku, memang laju mulut dari kereta kan. Haha. Bukan ape, sayang nyawa doo... Kita hidup hanya sekali jek. Bukan berkali kali. Kalau mati hidup balik, rasa nya semua orang tak kisah kan kalau mati berkali-kali. 

So, sayangi nyawa la ye. Okew next time plak membebel. Kali ni sebab nak hilangkan rasa sakit hati sebenarnya. Malas nak bagitahu la sakit hati sebab ape. Nanti ada yg ter'emo' plak ye. 

Okew.. Jumpa next entry.. bye2.. Sambung keje, sambung keje. haha.. =)

Thursday, April 10, 2014

Cinta VS Sayang ?

Assalamualaikum w.b.t ... 

Lama betul tak update blog. Sampaikan dah rasa rindu. Harini, nk jiwang sikit. Macam biasa, blog aku ni tak adalah berkualiti pun. Setakat nak sharing apa yang aku terfikir buat masa sesaat dua ni. So, for those rasa just nk baca je, silakan. Cuma pesanan dari penaja, entry kali ni sekadar membahaskan dua perkara yg ramai anggap interesting dalam hidup korang. So, let have a read..

CINTA... korang dah kenal ke apa itu cinta.? and SAYANG ? apa beza cinta dan sayang. ? 
Aku just random google. Definisi CINTA banyak disebutkan tentang komitmen. Komitmen ape? contohnya, komitmen terhadap sebuah ikatan. Maksudnya korang sudah sedia untuk memelihara sebuah hubungan. Means, korang akan menjaga hubungan korang sampai ke jinjang pelamin. Bila dah kahwin, komitmen pulak pada sebuah hubungan yang besar. Dan, disitu wujud sebuah PENGORBANAN.

And then, SAYANG.. Definisi SAYANG banyak kepada rasa tulus, ikhlas dalam sebuah perhubungan. Senang cerita, SAYANG dan CINTA ni macam adik beradik. Kemana ada SAYANG, disitu ada CINTA.

Kalau nk bahas tentang cinta dan sayang, aku rasa sampai bila pun takkan habis.. Kalau sekadar taip, belum tentu mencapai erti cinta dan sayang itu sebenarnya. Most of us, memang ada rasa cinta dan sayang. Kalau ikotkan zaman sekarang, cinta dan sayang itu banyak terletak pada manusia. 

Aku ada satu cerita. Sebuah cerita yang mungkin korang pernah dengar ataupun tidak.

Korang pernah dengar kan lagu Disana Menanti, Disini Menunggu, nyanyian kumpulan Errow tu kan. Ada seorang sahabat, cerita tentang isu cinta dan sayang. Dipendekkan cerita, sahabat aku ni ada dua org girlfriend. Katanya, kalau nk kenal pempuan, kena jadi pakwe dia dlu. Then, sepanjang hubungan, sedikit demi sedikit perangai sebenar akan kenal. Sudah lumrah perempuan, memang tak pandai nak cover. Kalau jumpa jarang-jarang, dua bulan sekali tu mungkin boleh cover lg kot. Tapi kalau dah jumpa hari-hari, rasanya tak tercover la. Mesti punya akan keluar jugak perangai sebenar. 

So, si sahabat aku ni, berpasang dua sehingga usia hubungan mereka mencecah 7 tahun. Means, dalam masa 7 tahun tu, dua-dua girlfriend dia tak tahu yg boyfriend dia rupanya ada simpanan or spare tyre.. haha..
Bila dah buat list tentang kebaikan and keburukan setiap girlfriend dia, then tibalah masanya untuk memilih sebagai calon isteri. Ternyata, kedua-dua mereka ada baik dan buruk. Sehinggakan si lelaki ni confius nak pilih yg mana. Dia suka perempuan yg pandai masak, pandai melayan budak-budak. And, girlfriend pertama yg nama Minah ni, pandai masak, dan girlfriend kedua yg nama Tipah ni pulak pandai melayan budak-budak. Sehinggalah one day, umur ketiga-tiga mereka sudah semakin meningkat. And masing-masing mengajak si lelaki ni untuk masuk meminang. 

Ya, tak salah kalau kawin dua sbb lelaki Islam memang dibenarkan kahwin 4. Masalahnya, bolehkah kedua-dua wanita itu bermadu? Bolehkan si lelaki ini berlaku adil. Sehinggakan suatu hari, setelah difikir masak-masak, si lelaki telah membuat keputusan untuk memilih Tipah walauun Tipah hadir selepas Minah hadir dalam hidup si sahabat, namun, dia merasakan pilihan kedua adalah terbaik kerana dia beranggapan, jika pilihan pertama adalah terbaik, masakan pilihan kedua itu hadir.

Maka, hati si Minah terpaksa dilukakan. Si Minah dengan sakit hati, terasa seperti perasaan dimainkan selama 7 tahun, membawa diri. Si lelaki menghantar rombongan meminang ke rumah Tipah dan seminggu selepas itu, mereka mendirikan rumah tangga sebagai suami isteri. Setelah bergelar suami isteri, si sahabat berusaha untuk menjadikan rumah tangga mereka bahagia. Begitu juga si isteri. Namun, dalam pelbagai cara, terasa seperti adanya kekurangan dalam hubungan mereka. Hari demi hari, terasa mereka semakin jauh. Walaupun tiada pertengkaran, namun mereka tidak merasa bahagia milik mereka. 

Namun, apa yg si sahabat ini lakukan, dia segera mencari Minah untuk meminta maaf. Terasa seperti dosa mereka tidak diampunkan oleh si empunya badan. Namun, dalam pencarian, mereka gagal menjejaki kemana perginya si Minah. Sehinggakan, si lelaki memutuskan untuk berjumpa dengan seorng ustaz bagi menanyakan masalah ini.

Dipendekkan cerita, si ustaz mencadangkan untuk bertemu dengan keluarga Minah untuk memberitahu hal yang sebenar, dan memohon keampunan dari ibubapa Minah kerana telah melukakan hati anak mereka. Dan pesan ustaz, mohonlah doa kepada Allah, banyakkan sedekahkan kepada Minah dan berdoa supaya Minah dilembukan hati untuk memaafkan mereka.

So, moral of the story, dosa kita dengan Allah S.w.t, kita boleh mohon keampunan melalui solat taubat serta beramal kepadaNya. Tapi dosa antara manusia susah untuk mendapat pengampunan kerana mereka adalah manusia biasa. 

kat sini aku ada P/S jugaklah. Kalau korang ada terasa macam ada someone yang sakit hati ngn korang, cepat2 mintak maaf. Kalau org tu macam berkeras untuk memaafkan, bacalah doa pelembut hati, dan sedekahkan al-fatihah kepadanya, and Insyaallah, dia akan memaafkan korang. 

So, malam dah larut, mata terasa macam berat semacam walaupun baru pukul 11 mlm. Then, happy muhasabah diri and gud nite.. =)