Thursday, April 10, 2014

Cinta VS Sayang ?

Assalamualaikum w.b.t ... 

Lama betul tak update blog. Sampaikan dah rasa rindu. Harini, nk jiwang sikit. Macam biasa, blog aku ni tak adalah berkualiti pun. Setakat nak sharing apa yang aku terfikir buat masa sesaat dua ni. So, for those rasa just nk baca je, silakan. Cuma pesanan dari penaja, entry kali ni sekadar membahaskan dua perkara yg ramai anggap interesting dalam hidup korang. So, let have a read..

CINTA... korang dah kenal ke apa itu cinta.? and SAYANG ? apa beza cinta dan sayang. ? 
Aku just random google. Definisi CINTA banyak disebutkan tentang komitmen. Komitmen ape? contohnya, komitmen terhadap sebuah ikatan. Maksudnya korang sudah sedia untuk memelihara sebuah hubungan. Means, korang akan menjaga hubungan korang sampai ke jinjang pelamin. Bila dah kahwin, komitmen pulak pada sebuah hubungan yang besar. Dan, disitu wujud sebuah PENGORBANAN.

And then, SAYANG.. Definisi SAYANG banyak kepada rasa tulus, ikhlas dalam sebuah perhubungan. Senang cerita, SAYANG dan CINTA ni macam adik beradik. Kemana ada SAYANG, disitu ada CINTA.

Kalau nk bahas tentang cinta dan sayang, aku rasa sampai bila pun takkan habis.. Kalau sekadar taip, belum tentu mencapai erti cinta dan sayang itu sebenarnya. Most of us, memang ada rasa cinta dan sayang. Kalau ikotkan zaman sekarang, cinta dan sayang itu banyak terletak pada manusia. 

Aku ada satu cerita. Sebuah cerita yang mungkin korang pernah dengar ataupun tidak.

Korang pernah dengar kan lagu Disana Menanti, Disini Menunggu, nyanyian kumpulan Errow tu kan. Ada seorang sahabat, cerita tentang isu cinta dan sayang. Dipendekkan cerita, sahabat aku ni ada dua org girlfriend. Katanya, kalau nk kenal pempuan, kena jadi pakwe dia dlu. Then, sepanjang hubungan, sedikit demi sedikit perangai sebenar akan kenal. Sudah lumrah perempuan, memang tak pandai nak cover. Kalau jumpa jarang-jarang, dua bulan sekali tu mungkin boleh cover lg kot. Tapi kalau dah jumpa hari-hari, rasanya tak tercover la. Mesti punya akan keluar jugak perangai sebenar. 

So, si sahabat aku ni, berpasang dua sehingga usia hubungan mereka mencecah 7 tahun. Means, dalam masa 7 tahun tu, dua-dua girlfriend dia tak tahu yg boyfriend dia rupanya ada simpanan or spare tyre.. haha..
Bila dah buat list tentang kebaikan and keburukan setiap girlfriend dia, then tibalah masanya untuk memilih sebagai calon isteri. Ternyata, kedua-dua mereka ada baik dan buruk. Sehinggakan si lelaki ni confius nak pilih yg mana. Dia suka perempuan yg pandai masak, pandai melayan budak-budak. And, girlfriend pertama yg nama Minah ni, pandai masak, dan girlfriend kedua yg nama Tipah ni pulak pandai melayan budak-budak. Sehinggalah one day, umur ketiga-tiga mereka sudah semakin meningkat. And masing-masing mengajak si lelaki ni untuk masuk meminang. 

Ya, tak salah kalau kawin dua sbb lelaki Islam memang dibenarkan kahwin 4. Masalahnya, bolehkah kedua-dua wanita itu bermadu? Bolehkan si lelaki ini berlaku adil. Sehinggakan suatu hari, setelah difikir masak-masak, si lelaki telah membuat keputusan untuk memilih Tipah walauun Tipah hadir selepas Minah hadir dalam hidup si sahabat, namun, dia merasakan pilihan kedua adalah terbaik kerana dia beranggapan, jika pilihan pertama adalah terbaik, masakan pilihan kedua itu hadir.

Maka, hati si Minah terpaksa dilukakan. Si Minah dengan sakit hati, terasa seperti perasaan dimainkan selama 7 tahun, membawa diri. Si lelaki menghantar rombongan meminang ke rumah Tipah dan seminggu selepas itu, mereka mendirikan rumah tangga sebagai suami isteri. Setelah bergelar suami isteri, si sahabat berusaha untuk menjadikan rumah tangga mereka bahagia. Begitu juga si isteri. Namun, dalam pelbagai cara, terasa seperti adanya kekurangan dalam hubungan mereka. Hari demi hari, terasa mereka semakin jauh. Walaupun tiada pertengkaran, namun mereka tidak merasa bahagia milik mereka. 

Namun, apa yg si sahabat ini lakukan, dia segera mencari Minah untuk meminta maaf. Terasa seperti dosa mereka tidak diampunkan oleh si empunya badan. Namun, dalam pencarian, mereka gagal menjejaki kemana perginya si Minah. Sehinggakan, si lelaki memutuskan untuk berjumpa dengan seorng ustaz bagi menanyakan masalah ini.

Dipendekkan cerita, si ustaz mencadangkan untuk bertemu dengan keluarga Minah untuk memberitahu hal yang sebenar, dan memohon keampunan dari ibubapa Minah kerana telah melukakan hati anak mereka. Dan pesan ustaz, mohonlah doa kepada Allah, banyakkan sedekahkan kepada Minah dan berdoa supaya Minah dilembukan hati untuk memaafkan mereka.

So, moral of the story, dosa kita dengan Allah S.w.t, kita boleh mohon keampunan melalui solat taubat serta beramal kepadaNya. Tapi dosa antara manusia susah untuk mendapat pengampunan kerana mereka adalah manusia biasa. 

kat sini aku ada P/S jugaklah. Kalau korang ada terasa macam ada someone yang sakit hati ngn korang, cepat2 mintak maaf. Kalau org tu macam berkeras untuk memaafkan, bacalah doa pelembut hati, dan sedekahkan al-fatihah kepadanya, and Insyaallah, dia akan memaafkan korang. 

So, malam dah larut, mata terasa macam berat semacam walaupun baru pukul 11 mlm. Then, happy muhasabah diri and gud nite.. =)