Tuesday, July 29, 2014

Nikmat dariNYA..


Assalamualaikum..

1 Syawal 1435H @ 28hb Julai 2014. Apa lagi. Hari raya la kan. Teringat masa kecik-kecik dulu. Kemain lagi excited nak raya. Hahaha.. Sekarang bila dah besau excited tu xde la sangat, tapi terasa jugak rasa nikmat yang diberi oleh Nya sempena menyambut hari kebesaran selepas sebulan berpuasa.

Bagi aku yang dah semakin hari semakin berumur, rasa gumbira tu tetap ada, tapi tak semeriah masa kocik-kocik dulu la yep. Untuk tahun ni, tak banyak rumah member yang boley pegi. Almaklum la, masing-masing dah berkeluarga. Untuk aku pulak, hahaha.. Tak tahu bila lagi la yep. Jodoh bukan kita yang tentukan. Doa-doakanlah yep.

Kekurangan? Kekurangan tetap ada dan terasa. Mungkin diri ini tidak cukup persiapan. Maybe? ataupun mungkin jugak sebab faktor usia. Hahaha (bajet macam dah berumur 80tahun jep). 

So, aku nak share ckit gambar2 sepanjang hari raya pertama. Walaupun xde yang meriah sangat, tapi berserdahana sudah cukup. 

Bersama Family. Tema oren sebenarnya. Tapi disebabkan duk jauh dari family, warna baju lain cikit. Tapi xpela. Asal nampak oren. haa

Posing cikit. Masa beraya di kampung. Gunong, Bachok, Kelantan. 


Family lagi. Tadi gambar pa tutup mata. Skang dah bukak mata. Haa.. gitu. :)

Bersama sepupu-sepupu sebelah papa. 

Comei kan kami? Ngee.. :)

Lagi.. Sama besar jep dengan sepupu. Dalam ramai-ramai, aku yang paling tua. Haha

Random style !

Selpie with family. Yang empunya handphone sibuk nak guna 360. Tak real langsung nampak.
Ni malam raya sebenarnya. Sibuk nak ngetest baju raya. Muka ntah pape. Haha

Pagi raya. Wif my sis. bajet tinggi budak tu. huh!

Again. Selpie with her. Nak tunjuk warna mata ker?

Dekat umah pak sedara pun menyempat. haha.. :)



So, untuk tahun ni, duit raya pun tak berapa nak banyak. Tapi tak pe. Asalkan ikhlas. Mudah-mudahan dipermudahkan dan dimurahkan rezki untuk masa depan. Ada rezki lebih, tahun depan boley bagi lebih yea budak-budak. haha.. :)

So, sempena raya ni, aku dikesempatan ni nak mohon maaf pada kawan-kawan yang aku xsempat nk mintak maaf personally tak kira, melalui mesej ke, instag ke, or fb. So, kosong-kosong yep.!

Hari raya ni memang dah pasang niat. Untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biar la orang lain dah tanam azam awal-awal. Tapi, aku masa ni terasa ketuaan disitu. Insyaallah. Doakan perubahan aku sedikit-demi sedikit ni semoga istiqamah hendaknya.

So, u alls, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. !