Assalamualaikum w.b.t..
Selamat berbuka puasa. Tak lama lagi nak raya. Terasa tersangat cepat masa sebulan berlalu. Dan di akhir Ramadan ini masing-masing ada yang sibuk mengejar LailatulQadar, ada yang sibuk tentang persiapan hari raya, ada pulak yang sibuk mengutuk dan macam-macam. Tak ketinggalan isu negara semakin panas menerima kritikan. Semoga Allah SWT tunjukkan pencerahan suatu hari nanti. Insyaallah..
Saya terpanggil untuk membuat satu tulisan khas tentang viral di laman sosial mengenai kisah Zahra yang berani tampil untuk menceritakan dilema graduan hari ini,
Seperti biasa, ada yang membangkang, dan ada pulak yang menyokong. Dan saya salah seorang yang bersetuju dengan apa yang si Zahra ini ceritakan. Meh dengar sedikit apa yang si Zahra ni ceritakan.
Then, kita tengok sikit ada komen seorang "ABANG" lawyer yang kononnya macam sinis berkata-kata :
Pandangan saya secara peribadi :
1- ada betulnya Zahra katakan. Dengan lambakan graduan yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dan keadaan peluang kerja yang sangat limited sekarang, memang susah nak dapat pekerjaan. Bayangkan, kerja kerani pun kena dapatkan sekurang-kurangnya Diploma. Kalau tak ada diploma, nak pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun. Bagi graduan ijazah macam saya ni, nak apply jawatan tinggi pun orang nak pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun. Nak apply kerani pun nak pengalaman jugak. Dah nama fresh graduate, sure la zero pengalaman. Orang tak bagi peluang, macam mana kita nak grab peluang.?
2- Si Zahra ni bercerita dalam program pembangunan Ekonomi. Dah sah-sah cabaran utama adalah ekonomi negara. Yang aku tak faham si brader ni komen macam die tahu semuanya. Agaknya orang terlebih garam beginilah gayanya. Brader, ni saya nak cakap sikit kat abang, cuba abang hidup ngan gaji RM900 untuk masa SEKARANG. Bukan di zaman abang berpuluh tahun lepas. Buktinya sampai sekarang pun abang tak boleh ada rumah sendiri kan? Tu sebab harga rumah semakin tinggi, gaji tak dapat menampung kos sara hidup pun. Tu masalah ekonomi ..
3- Orang graduate dulu mmg lain pemikirannya dari sekarang kan? Dulu dalam satu kampung, nak bilang anak sape masuk Uni memang dpt la.. Berapa orang je dpt melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Berbanding sekarang, memang tak terbilang bilangan orang yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kami hidup di zaman yang penuh cabaran. Aku yang grad dua tahun lepas pun belum dapat kerja tetap lagi. Interview jangan cakap la, dah perpuluh-puluh kali pegi interview, isi borang sampai lenguh jari-jari, kos photostat sijil-sijil entah brape banyak yang dah keluar.
4- Ini bukan kisah pasal kami tidak bersyukur. Ini juga bukan kisah kami mengharapkan bantuan kerajaan untuk bagi job untuk kami. Ini sekadar luahan. Bila belajar tinggi-tinggi balik kampung buat kerja sendiri dikeji orang. Mentaliti orang kampung memang tidak habis dikeji dan dimaki. Tapi kami percaya pada rezki Allah.
5- Bab kata si Zahra. Kami perlu bekerja kuat. Btul!! Yang tu aku sokong. Kami perlu bekerja kuat sebab zaman kami bukan zaman harga sepinggan nasi RM0.50.. Zaman kami bukan zaman air secawan harga RM0.30. Tinggal perlu usaha dan tawakal. Kami perlu bekerja kuat nak bayar hutang belajar, kami perlu bekerja kuat untuk memastikan kehidupan kami tidak seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
6- Kami sayangkan Malaysia. Sebab itu kami masih bertahan. Walau kemana sahaja kami pergi, sijil dan resume akan tetap kami bawa kehulu kehilir dengan harapan dapat apply kerja. Walaupun taraf SPM sekalipun. Nampak sahaja iklan jawatan kosong, kami rembat je untuk apply. Itulah kami di zaman ini.
7- Bab kata brader lawyer ni, salah faham yang diberitahu oleh ibubapa dan guru2? Habis tu, jika letak kedudukan kita sebagai seorang guru untuk mendidik bangsa, apa yang awak harapkan dari seorang guru? untuk bagitahu muridnya " Cikgu rasa korang tak perlu belajar tinggi-tinggi sebab nanti korang akan jadi jobless juga"? Patahkan semangat budak yang nak belajar? or " Zaman sekarang zaman orang banyak menganggur. Korang amik SPM pun tak dapat nak apply kerani sekalipun"? Aku yakin, cikgu diluar sana pun akan cakap benda yang sama macam cikgu aku cakap dlu. "Belajar rajin-rajin, nanti sambung belajar, dapat ijazah nanti baru boleh mintak kerja yang bagus-bagus. baru boleh sara ibubapa, dapat bagi kesenangan buat ibubapa. Kan?
8- So, kesimpulan, Life must be go on.Walau macam mana sekalipun, inilah cabaran kita. Betul rezki ada dimana-mana. Tinggal kita usahakan saja. Jika dulu cabarannya lain, sekarang cabarannya pun lain. For Malaysian out there, jangan putus asa. Jika rezki mendapat pekerjaan belum lagi milik kita, kita usakan lagi. Kita bukan Melayu yang mudah menyerah kalah kan?
Peace no war.. Sekadar pendapat peribadi. Kosong-kosong. Salam Ramadan.. :)) tata~

























