Wednesday, July 8, 2015

Review 2015

Assalamualaikum..

Hey readers.. Lama btol tak update blog sampai bertahun-tahun. So, selama menjelang 2015 ni dah separa tahun 2015, meh nk review sikit kat korang sepanjang tahun 2015 ni.

First, Officially saya dah berhenti kerja

Okey. Pasti korang pelikkan. Ape kejadah berhenti kerja sampai nak kena annouce 1 dunia. Aku bukan nk bangga ke, nak annouce 1 dunia yang aku dah berhenti kerja. Cuma nak share sikit ngn korang the different things once you dah stop dr tittle "Employee"

Sebelum aku amik keputusan nak berhenti kerja, macam-macam hal dalam kepala hotak aku ni duk imagine je. Kadang2 sampai migrain. Law xbrhenti kerja pun sama jugak. Basic salary doesnt enough untuk survice life dkt KL. Dengan mana nak kena pikir sewa bilik, mana nak kena pikir kos transportation, mana nak kena pikir makan lg, tu tak termasuk ngn brg-brg peribadi mcm ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh baju, and bla..blaa..bla..

Kekadang, sampai berhutang dgn parents, dah cukup bulan byr balik. Then, xckup lg, pinjam lg. Mula-mula memang pikir, "Alaa.. amik pengalaman dulu la setahun dua, then cari kerja lebih baik" Mula-mula, cuba bertahan sampai setahun. Then, kos makin tnggi, sewa bilik dr RM125 yg share 3 org satu bilik. Punye la sempit, dgn xde privacy. Mlm2 law nk solat malam, kna solat dalam gelap. Nak bukak lampu, orang nak tidor. Tu xplus lg time kite nk jawap kol then ada roomate dalam bilik tgh pasang telinga. Sangat la tak selesa. Tapi nak buat camne. Life must be go on. Kata nak survice utk setahun dua. Hadap je la.


Dah lama sangat, semua rasa xselesa.. Then aku cari alternative cari bilik lain. Alhamdulillah jumpa. Dekat dengan tempat kerja, Cuma kos bilik dah mahal sikit sbb area PJ.. Aku dlu keje area PJ. So, disebabkan pikir ada privacy sikit dr 3 orang satu bilik jadi 2 orang satu bilik. Then, nak pegi keje pun dekat xsampai 10 minit law drive. Cuma satu sahaja masalah, transport. Sebelum aku pindah PJ, aku stay kt Kerinchi. So, pegi keje pkai LRT then trun kt station Kelana Jaya, amik plak bas untuk ke tempat keje. Perjalanan lbh kurang sejam law pakai public transport. So, tempat baru ni bergantung pd teksi je.. Alahai.. Pakai teksi, letak bontot pun dah caj RM3.. tu belum jalan lg.. bistu cmne?

Dahtu, ayah aku tak sampai hati nengok anak kesayangannya susah nak pegi keje, then dibelikan kete utk senang aku bergerak. Tapi bila pikir dah ada transport pun susah plak. Mana parking kena bayar sumer.. Last, xmo bebankan hidup, aku resign. 

Susah betul nak survice dgn pndptn xseberapa. Aku pun xleh nak demand sngt sbb fresh graduate kn. Tp tak apela. Benda dah lepas pun.

So, ape aku buat sepanjang duk di kampung?

Orang cakap, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sepanjang duk di kampung, aku ada terfikir nak kerja kat kedai-kedai makan je. Tp dipikirkan sekali, pndptn ciput. Basic law kt kg ni law kat kedai makan cuma RM450 sebulan. Haa.. Korang boleh hidup tak?

So, aku amk keputusan untuk try berniaga sendiri. Korang nak tahu ape yang aku buat? 

TAAAARRRAAAAA...!!!


Ni aku join online karnival.. So, aku buat cookiesss... yummy.. :)


Yang ni rice jar.. Mesti korang tertanya kan, kenapa amik nama Crusy Strato? Yang ni aku amk sempena bahasa perancis taw.. Crusy tu untuk "Crunch" and Strato tu maksud die "layer".. Sbb aku punye choc jar ni ada 5 layer..


Yang ni red velvet cupcake.. Member aku tempah untuk letak atas hantaran kawin die.


Yang ni puding roti. Beza belum taruk sos lagi. Juga untuk dijual ketika karnival..


Yang ni moist choc cake. Yang ni untuk dijual sempena hari koperasi sekolah. Murah je.. Sbb nak dijual pd budak sekolah, so aku jual RM1.50 utk satu bekas. Sambil2 buat baik pada budak sekolah.. ape salahnya kn..:)


Yang ni untuk sorang akak tu. Sbb die dah rasa cookies aku, so die tempah lagi. Untuk appreciation gift pd lecturer die katanya.. urmm...:)


Haaaa... yang ni tart nenas. Untuk hari raya..


 Antara balang2 yang dah siap untuk delivery..



So, moral of the story, korang kena percaya pada rezki Allah SWT. Kalau Dia nak bagi kejap je Dia bagi, klau Dia nak tarik pun kejap je Dia nak tarik.. Yang penting, usaha dan tawakal. 

So, pengajaran yang aku dapat, Allah SWT tak pernah menghampakan kita. Dulu time duk KL semput je rasa. Rasa gaji bulanan sentiasa tak cukup. Tiap2 hari tengok dompet, asyik mikir je memanjang. Sebenarnya hati kita tak tenang. Mungkin ada salah kita pada orang sekeliling, mungkin ada mengguris hati parents kita, mungkin jugak kerja tak ikhlas. Yang penting skarang, walaupun pendapatan tak tetap, kejap masuk, kejap tak, tak ada la risau sangat macam dulu. Kadang2 tengok purse ada jugak time kering tu, tgk ada RM1 je dlm purse, tp tak rasa stress, banyak mikir and macam2 lg.. 


So, skang, aku pun tengah cari kerja lain jugak. Bukan nak demand, cuma nak test market.. hahaha.. Kalau ada rezki untuk jadi pekerja, makan gaji lagi la aku ni, kalau tak, mungkin continue berbaking macam ni then mana tahu suatu hari nanti aku dapat jd businesswoman yg berjaya.. Doakan aku korang.. ok la.. sekian this entry.. tata..~

P/s : Tetiba terpikir.. tajuk cam xkena je.. 2015 ke 2014 punye review ni.. hahaha


No comments:

Post a Comment