Hari nie aku nak story la ckit sal penduduk kat Malaysia skrng.. Bukan pe, semangat yang
sepatutnya diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia semakin mengikis hari demi hari.
Tidak kira mana2 golongan, mahupun yg muda ataupun yg veteran, nilai2 murni yang
sepatutnya diterapkan sudah semakin pudar dan luntur dari jiwa mereka sendiri.
Isu pertama : Saling banding - membanding antara satu sama lain
Hal ini bukan sahaja dari aspek mental mahupun fizikal, tapi skrang rakyat kita ni dah makin
hari makin menjadi. Nak2 pulak yg tinggal di kawasan perumahan yg kejiranan yg lebih dekat.
Tak boley nak tgk org lebih. Mane taknya, org beli Myvi, kita sibuk nak beli Myvi. Orang bukak
rumah, kita pon sibuk nak bukak rumah. Org lain anak dapat masuk U, die pon nak antar jugak
anak blaja walaupun, si anak tu tak nak. Kononnya, tak nak nmpak kalah di mata org lain.
Kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jangan nak buat baju, ukur kat badan org lain. Law x,
diri sendiri jugak yg susah. Kena tanggung hutang keliling pinggang, pas tu kena kejar Ah Long.
Sbb ape.. haaa.. ni la puncanya.. Tak nak nmpak kalah dimata org. Ape faedahnya..
Tak de pape pun law nak kejar hal dunia.. Tu yg hal dunia..
Yg hal ibadah plak cam ne.. Ada jugak.. Nak2 si akak2 nie la. Org lain pegi masjid nak cari
keberkatan ibadah. Yg kita g masjid, sibuk plak nak bawa mulut. Pegi masjid sbb nak cerita
pasal org.. Nawaitu pon dah tak betol dah.. Apatah lagi nak dapat pahala.. Mmg susah la.
Nie, bile pergi masjid, tgh dengar imam bagi ceramah, mulalah aku terdengar suara2 sumbang
yg bercakap sal mak Bedah sebelah la, duk cerita pasal anak Kak Yam la.
Adooiii... mengganggu betol la.. Tu ke nak cari keberkatan. Masyaallah..
Isu kedua : Sikap Tikam Belakang
Yea la, kalau dah duk secara berjiran nie, kena la hormat antara satu sama lain. Tak salah
kalau nak tegur jiran, tapi biarlah dgn cara baik. Nie tak, canang satu kampung pasal
keburukan orang. Padahal iri hati kat org tu. Pas tu mulalah nak bawa mulut cerita yg org ni
jahat la, pakai ilmu hitam la. Bila la nak harmoni law sikap rakyat kita cam nie. Konon nak
jadi rakyat berbilang kaum, harmoni, aman.. Nak aman macam mane kalau dah hati pon dah
busuk, asyik nak cerita pasal org. Tau nak tikam org dari belakang. Cam tu ke nak jadi
harmoni?? Macam tu ke nak jadi aman?? Pikir la sendiri.. Nak bagi ceramah depan muka,
nti dikata macam2 plak.. wallahualam..
Isu ketiga : Pemimpin tidak amanah
Nie pasal pemimpin. Tak kiralah, pemimpin kampung ke, pemimpin bandar ke, pemimpin astet
ke... Kalau dah pemimpin namanya. Dari aspek pengetahuan asas, pemimpin nie
didefinasikan sbg seorng yg dipercayai oleh sekumpulan komuniti utk memberi tunjuk ajar
dan memberi perlindungan kepada komuniti yg didiaminya. Apa yg aku pernah ingat masa
ustazah cakap zaman sekolah dlu, org yg rasa dirinya tidak mampu memimpin, jgn cuba
nak ambik tanggungjawab tu. Sebabnya, bukan senang nak jadi pemimpin. Kalau ada je
komuniti yg tidak berpuas hati, maka tanggung dosalah pemimpin tu kerana dianggap tidak
adil. Haaa.. bukan senang nak jadi pemimpin.. Nie yg jadi masalah sekarang, dieorg terima
tanggungjawab memimpin sbb nak dapat keuntungan sendiri. Masyaallah..
Hal nie besanya berlaku di kawasan perkampungan. Mula2 dtg ke setiap rumah, kononnya
nak kutip duit utk kepentingan penduduk stempat.. Tapi, hasilnya tiada. Duit kutip tiap2 bulan,
tapi tak nampak hasilnya pon yg menguntungkan semua pihak. Yang nmpak, hanya rumah
"pemimpin" tu makin besar, bilangan kereta makin bertambah. Aku tak nak cakap pape.
Tapi, kalau dah nampak cam tu, sape yg tak syak kan..
Mengenai generasi sekarang, org slalu marah kalau anak buat salah. Tapi, sedarkah dieorg.
Dieorg buat salah yg anak nampak, sape yg nak marah. Kalau kita nak didik anak kita,
biarlah kita yg menjadi contoh pada anak2 terlebih dahulu.. Pastu, kalau ada yg marah anak
kita, mesti org akan cakap, ' mak bapak kau tak ajar ke ?'... Jadi, sape yg sepatutnya
disalahkan dahulu.. Kalau mak bapak yg tak tahu nak ajar anak, jgn nak tunding jari ke arah
anak2.. Cari dlu sbb penyebab terjadinya ank kita macam tu.. Bukan ke dari ibu bapak tu
sendiri. ?? Tuhan dah bagi rezeki (anak ), bukannya nak didik betol2... Ingatlah, anak tu
umpama kain putih, dan yg menghiasnya adalah ibubapa. BUKAN GURU..
P/S : ingatan pada ibubapa yg hnya tau menyalahkan org, tapi tak cermin diri sendiri. Kita kalau nak bimbing generasi muda jadi lebih baik, kita sbg yg tua nilah kena bg contoh yg baik. Buruk contoh yg ditunjukkan, buruklah nilai yg tersemai.. WALLAHULAM...





No comments:
Post a Comment