Monday, December 13, 2010

Luahan Hati Rakyat.....

Assalamualaikum...


selalunya aku akan menulis pasal perbicaraan hati, soal cinta, soal kesihatan.. Tapi kali ni aku

nak bercakap mengenai sikap masyarakat kita hari ini.. Mengenai sikap masyarakat kita hari

nie, aku cume nak org2 yg berkaitan supaya ubah balik apa yg sepatutnya terjadi.. 
 
 

Isu pertama : Rasuah dan berat sebelah

 

Semua dah sedia maklum mengenai isu ini.. Disebabkan isu ini menjadi besar sehingga

banyak melibatkan mereka yg bekerja di sektor swasta, kerajaan telah mengambil tindakan

tegas untuk membanteras gejala ini.. Namun, pemerhatian aku sebagai rakyat biasa, isu ini

masih lagi berlaku tapi tidak dapat dikesan kerana kebijaksanaan mereka menggunakan kuasa

sehingga mereka yang tertindas tidak berani menyuarakan masalah yg sedang mereka alami..

 

Aku bagi contoh yg biasa bantuan kerajaan salurkan seperti wang kwam, bantuan notebook

kepada pelajar sekolah, bantuan pemakanan di sekolah, dan lain-lain bantuan yg kerajaan

salurkan untuk membela nasib rakyat..



Semasa aku di kampung, sudah tentu ramai yg berpendapatan rendah kerana tidak

mempunyai pendapatan yg tetap, dan ada juga mereka yg mempunyai pendapatan tetap tetapi

mempunyai jumlah tanggungan yang ramai. Itu juga tergolong dalam golongan yang

berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.. 

 
Baru-baru ini, kerajaan telah memberikan bantuan notebook kepada pelajar-pelajar sekolah

bagi mereka yg berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Namun, apa yg aku dengar

dari kejiranan kawasan perumahan yg aku tinggal, masih ramai mereka yg tidak mendapat

bantuan tersebut sedangkan mereka boleh dikira sebagai golongan yang layak. Daripada

pemerhatian dan desas-desus yg aku dengar, hampir kebanyakkan mereka yg menerima

bantuan tersebut adalah mereka yg berlatar belakang daripada golongan yang berkemampuan

dan golongan yang berada.  Hal ini telah menunjukkan berlakunya pemesongan dalam

pentadbiran yg diuruskan. 


Setelah aku tanya, dan usha ckit2, aku dapat tahu, mereka yg dari golongan yg berpendapatan

tinggi ini mempunyai sangkut paut atau dalam bahasa bagus lagi adalah kenalan ataupun

saudara mara kepada 'orang' yang diamanahkan utk mengagihkan bantuan tersebut. Niat

kerajaan mmg aku xsangkal, nak membantu generasi kita sekarang supaya celik IT.. tapi kalau

begini sikap dan tindakan, bagaimana nak melahirkan generasi yg celik IT??

 
Sama jugak dengan pembahagian wang KWAM terhadap golongan yg kurang berkemampuan.

Wang tersebut diamanahkan oleh kerajaan utk membntu mereka yg kurang bernasib baik

semata-mata nak menjamin generasi akan datang supaya lebih berilmu. Namun, hal yg sama

terjadi apabila mereka yg sepatutnya dapat, tidak menerima bantuan tersebut, dan mereka yg

tidak layak mendapat bantuan, elok2 boleh plak bntuan tu.. 


Daripada yg aku dgr, bnyak golongan yg terima bantuan nie, daripada ibubapa yg

berlatarbelakangkan senang dan mampu seperti ibubapa mereka adalah guru, daripada

businessman, ada jugak yg daripada pegawai2.. Adilkah macam tu?? 

 
Apa guna kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah kalau hal ini masih berlarutan.

Walaupun kerajaan dah cuba bnyak perkara nak banteras masalah ni, tapi kalau hati xberubah,

sikap xbetul, menda ni akan terus berterusan.. tak guna kita salahkan pentadbiran kerajaan, tak

guna kita salahkan org lain sedangkan diri kita sendiri yg tak nak ubah.. 


ingatan : Sekali kita menindas org teraniaya, beratus kali ALLAH akan balas keburukan kita..

Dan doa org teraniaya sentiasa termakbul.

 
 
Isu kedua : Membuat kritikan bukan pada jalan yg betul






Isu ini dah jadi besar sejak negara kita dilanda dengan laman sosial sprt FACEBOOK.. Ada

saja masalah, taw nak kutuk je. Sehinggakan laman web nie dah jadi begitu popular dan kritikan

yg menjatuhkan ini boleh menjatuhkan maruah dan imej negara sendiri..

 
Apa yg aku perhatikan, dengan adanya laman web sosial seperti ini, rakyat negara asing

senang2 nak kutuk Malaysia.. terutama dalam page SATU MALAYSIA.  Dan elok plak, rakyat

kita plak balas komen dan berlakulah pergaduhan.. Melalui rangkaian seperti ni, ni boleh

mengancam keamanan negara.


Dan pendapat untuk menutup laman sosial seperti ni, aku sokong hnya 100%.. kalau nak

bersosial sngat, kita lantik seseorang dari yg berpengalaman, utk wat laman sosial bg negara

kita sendri.. Dan pengguna nya, hanyalah rakyat negara kita sendiri.. Tak payah nak masuk

campur ngn rakyat lain..kan senang.. Ni kalu sampai dah jadi pergaduhan ngn rakyat negara

lain, bile2 je boley berlaku peperangan law cam tu.. 

 
Benda ni baik jugak utk menjaga keamanan negara. Kalau nak bersosial, kita boley wat laman

sosial sendri.. Aku kekadang panas jugak baca komen org asing yg kutuk ngara sendiri..

huhuhu...




Isu ketiga : Pertikaian harga barang dengan pentadbiran kerajaan
 
 
 






Ni lagi satu masalah.. Dengar je barang naik, sibuk nak salahkan org tu, nak salahkan org

nie..Aku tak faham la.. dengar je berita nak naik barang, mula sibuk bising sana, bising sini..

Cakap ni la tu la.. Aku pon xbela sesapa.. Tp pikir la.. Ni zaman moden, mane ada ag barang

harga 5 sen.. Malah, dalam agama pon menggalakkan kemajuan, tp kenalah taw, setiap

kemajuan ada harga tersendri..


Macam mana nak maju kalau asyik membandingkan yg dahulu ngn sekarang.. Dulu mmg la,

xde internet, xde jalan raya, xde kemudahan.. tp sekarang sumer dah ada.. dan setiap kemajuan

tu ada nilai.. Kos pon semakin meningkat.. And kalu nak cakap pasal harga minyak naik, harga

barang mentah naik.. memang patot la.. Harga minyak naik sbb kurangkannya bekalan minyak..

Minyak dah xde, so mmg logik la kalau harga minyak naik.. Permintaan minyak tinggi.. Sumer

nak guna kreta, sumer nak guna motor.. So, nak bergerak tu, kena guna minyak.. Kalau dah

permintaan tinggi, maka, harga akan naik, sbb bekalan kurang..

  
Berkaitan ngn barang mentah, harganya related sbb kenaikan harga minyak.. Kos

pengangkutan bukannya guna air.. Guna minyak..


So, kalau dah nak maju, kena terima lah setiap kemajuan.. seperti apa yg aku cakap tadi, nak

maju ada harganya sendri.. so, kena pandai2 la accept.. Jangan asyik nak salahkan org..

Korang yg mintak kemajuan, so kenalah terima risiko.. Kalau negara xmembangun, law negara

mundur, ada komplen.. mintak membangun.. Bila negara dah nak membangun, ada pulak

suara2 sumbang komplen harga naik la, ape la...Tu dah lumrah..Kena terima..





P/S : ni bukan nak salahkan sesapa.. aku pon nak perbetolkan diri aku.. cuba pikir positif.. jgn
asyik pikir negatif.. Kalau kita xubah cara kita, sape lagi nak ubah.. masyarakat kita lemah dan mudah terpengaruh.. sbb tu kita kena kuatkan semangat, jgn mudah terpengaruh.. Ubah mane tang tak baik.. Yang baik kita kekalkan kerana "TIDAK ADA YG SEMPURNA.. JADI, UBAHLAH UNTUK JADI YG SEMPURNA "... 



wallahualam...

No comments:

Post a Comment