Monday, April 15, 2013

Pendidikan Percuma ?

Assalamualaikum... 


Apa khabar semua readers ? Harap2 semua sihat walaupun sekarang musim pilihanraya. So, apa yang aku doakan, semoga korang buatlah undian yang betul. Jangan kerana sifat taksub semata-mata, one day, maruah negara tergadai. Sebagai rakyat, kita haruslah membuat pilihan bijak.

Bertepatan dengan tajuk entry, bunyinya macam sedikit politik ye kan. ? Tapi aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa sedikit tidak puas hati dari pandangan aku sendiri dan ini aku tak nak libatkan langsung dengan politik. 

Bumi Kelantan tempat lahirnya aku ni, sekarang memang tak lekang dengan ceramah dari parti-parti politik. Yela.. Nak raih undi katakan. Tapi, setiap kali aku keluar nak cari barang keperluan, rasa berbulu je mata bila tengok banner tentang "PENDIDIKAN PERCUMA". 

Secara kasar, pendidikan percuma ini terus menjadi isu untuk pelajar IPTA/IPTS. Kononnya, orang muda terbeban dengan hutang. Bagi aku, memang tidak dinafikan yang semakin hari semakin ramai adik-adik kita yang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samada untuk IPTA/IPTS. Bagi aku, isu pendidikan percuma ini tidak wajar dipertengahkan kerana ilmu bukan mudah untuk didapati. 

Sedangkan, nabi pernah berpesan, "Hendaklah kamu mencari ilmu biar sampai ke negeri China". Ini menunjukkan betapa tingginya nilai ilmu sehinggakan pesan nabi Muhammad S.A.W untuk menuntut ilmu hingga ke negeri China. Tapi, jika disebabkan PTPTN dan pendidikan percuma, aku yakin, one day, anak-anak kita nanti tidak berusaha keras untuk mendapatkan ilmu. 

Aku menulis berdasarkan apa yang pernah aku lalui. Aku juga merupakan pelajar IPTA. Dan sememangnya, aku mengharapkan mendapat biasiswa daripada kerajaan untuk menampung kos pembelajaran aku. Namun, rezeki tidak menyebelahi aku. 

PTPTN telah mengeluarkan berita baik semasa aku tahun satu belajar di IPTA dlu. Sesiapa pemimjam yang mendapat ijazah kelas pertama, iaitu grad dengan mendapat CGPA 3.5 keatas, secara automatik, pimjaman PTPTN itu diconvert sebagai biasiswa. Disebabkan itu, kami sebagai pelajar, belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pendidikan percuma. Formula yang simple, kena belajar betul2, dapatkan CGPA 3.5 ke ats, then korang dptlah pendidikan percuma. Senang kan ?

Kenapa plak baru skrang nk tuntut pendidikan percuma ? Bagi aku, wang yg telah aku gunakan untuk menampung pembelajaran aku kat universiti dlu, aku anggap sebagai satu pengorbanan untuk memperoleh ilmu dan sekaligus, ia juga sebagai motivasi untuk aku supaya terus belajar tanpa mengira penat lelah. Sebab apa yea ? Yea, sebab duit. Kerana aku bukan berasal dari keluarga yang kaya, tapi kami sekeluarga tahu, duit bukan mudah untuk dicari. Dengan pengorbanan wang itu mencari ilmu, aku lebih menghargai ilmu dan alhamdulillah, bulan 5 tahun ni, segala pengorbanan dari segi wang, usaha, penah lelah, masa dan sebagainya akan terbalas setelah aku dengan rasminya akan bergelar seorang graduan. 

So, kepada semua, jangan kita nilaikan ilmu sebanding dengan wang ringgit. Wang memang boleh dicari, tetapi ilmu bukan semudah yang disangka. Menghargai ilmu itu sebenarnya akan lebih mengajar kita untuk lebih bersikap terbuka dan mnghormati orang sekeliling. Dengan itulah terbentuknya sahsiah kita sebagai seorang individu yang berjaya. 


So, aku ada pesanan terakhir jugak.. Kepada readers smua, skang semua dah tahu musim demam politik. Tp, jgn plak terlalu taksub dengan politik sehinggakan kita mengaibkan orang lain. Sampai masa, sampai ketika, kita hanya pangkah sahaja mana yang berkenan dihati.. Owrite ? 






Monday, March 18, 2013

Ucapan 'Terima Kasih' ..

Assalamualaikum ... 


Hai reader ? Harini menjelang cuti yang agak santai, aku terasa sedikit terpanggil untuk buat new entry.. hihi.. Masa yang terluang tak salah rasanya jika dikongsi sedikit cerita yang boleh dijadikan iktibar untuk anak-anak muda sekarang. (Bajet dah tua kan.. haha)

Okey.. Nak tanya cikit la. Biar pun, suara korang tak dapat didengar untuk jawab, tapi sekadar nak imbas perkara kecil yang bagi kita semua tiada pentingnya. Bila kali pertama korang ucap terima kasih ? Untuk aku, aku memang tak ingat bila kali pertama aku ucap terima kasih. Tapi, setelah dikaji selidik dengan umi aku, then ingat-ingat sikit masa zaman tadika dulu, kemungkinan semasa aku berumur 3 0r 4 tahun, umi aku dah ajar aku cakap terima kasih. Sebab itu, masa zaman tadika dulu, cikgu-cikgu selalu tanya, 

"Kalau orang bagi sesuatu kat kita, apa kita cakap ?" . Then, anak-anak tadika pun ramai-ramai jawab, "Terima kasih cikgu". See.. maksudnya, sebelum kita masuk tadika lagi kita dah terdidik dengan ucapan terima kasih.

So, untuk orang yang memberi, surely la kita kena ucap terima kasih. Tak salah kalau tak ucap pun, tapi kita kan orang melayu. Kesantunan tu kena la ada. Nanti orang cakap sombong plak. Ada satu cerita aku nak share sikit kat korang semua. 

Ceritanya begini.. Ehem..Ehem... 

Masa aku belajar dekat Uitm Puncak Alam dulu, aku amik course Health Administration. Okey, untuk student Health memang sangat familiar dengan sikap kesantunan gitu.. hihi.. Bak kata sorang Pensyarah Research aku dulu, dia selalu gelar budak-budak health ni sebagai budak 'Panggilan Haji'.. hahaha.. 

Owrite, masa tu memang akan ada lecturer favourite. Antara lecturer yang menjadi favourite budak health adalah Mr. A.. Satu hari, nak dijadikan cerita pasal Terima Kasih ni, Mr. A telah bagi tugasan kepada budak kelas. Then, aku ni memang antara student yang agak lembap sikit kalau nak belajar pasal Medical terminologi dengan Medical Coding. So, ada mistake masa aku nak hantar aku punya assignment. So, apa lagi, sure la kena tegur dengan Mr. A.. 

Bila dah kena tegur, then kena jugak la dengar sesi ceramah dari Mr. A. Last bila aku dah nak keluar betulkan aku punya assignment, aku ucap la terima kasih dekat Mr. A.. Then, sekali lagi terkena penangan ayat Mr. A..

" Kenapa awak perlu ucap terima kasih dekat saya? Awak nak perli saya ye?"

Sekali aku agak tergamam dekat situ. Tujuan aku ucap terima kasih sebab dia tegur aku buat silap, then nasihat aku. Tetiba plak terkena ayat yang sangat touching sehingga muka aku terasa panas (bila dah panas, surely la terasa malu kan) .. 

Sebenarnya, aku faham yang dia tak nak aku ulang silap yang pernah aku buat. Tapi walau macam mana pun, Mr. A tetap baik. Walaupun nampak agak tegas dan kadang-kadang menyengat garangnya, tapi aku tahu dia nak student-student dia berusaha dan ada effort dalam buat tugasan. 

Sebab itu, setiap kali kelas Mr. A, aku mesti terasa berkobar-kobar nak pergi kelas. Setiap kali kelas, Mr A selalu bagi semangat untuk  student-student dia supaya menghargai ilmu. Sikap Mr A yang agak comel setiap kali mengajar, memang ramai membuat student tak kering gusi bila berada dalam kelas dia. 

Selepas itu, aku macam agak berkobar-kobar untuk mengikuti jejak Mr.A dan menjadi pendidik yang bukan sahaja boleh mendidik anak bangsa, tapi boleh juga membentuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak muda zaman sekarang.

So, moral of the story, tak salah sebenarnya untuk kita ucap terima kasih. Kerana ucapan terima kasih itu kadang-kadang membuat orang rasa dihargai dan kadang-kadang boleh jugak membuat orang lain untuk rasa gembira. Untuk imbuhannya, orang yang mengembirakan hati orang lain, suatu hari ALLAH akan mengembirakan hati kita. Tak gitu ?

Sekian..~

Sunday, March 17, 2013

Islam Hanya Pada Nama ?

Assalamualaikum w.b.t ... 



Hai readers ? Macam mana kehidupan korang sekarang ? Ok ke tak ? Kepada adik-adik yang bakal mendapat result untuk STPM esok, Isnin, 18 Mac 2013, mudah-mudahan semuanya baik-baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin. Dan kepada adik-adik yang bakal terima result SPM hari Khamis ni, masih ada masa untuk adik-adik semua mengaminkan doa adik-adik dalam masa yang singkat ini, kerana yang ada sekarang cumalah doa yang adik-adik harapkan untuk mendapat keputusan yang baik. Insyallah, dengan izin dan jika dah jadi rezeki adik-adik, keputusan yang cemerlang bakal adik perolehi. Amin. 

Owkeyh, arini aku ada nak cerita sikit pasal kepercayaan. Jika di zaman Jahilliah dulu, seperti yang kita dah belajar dalam buku Agama Islam masa form 1-5 memang banyak yang menyentuh pasal kepercayaan. Macam-macam kan? Ada yang sembah berhala, percaya pada setiap kejadian alam, dan pelbagai lagi kepercayaan khurafat yang kita pernah terbaca. 

Bagi yang pernah ambil paper Sejarah masa STPM, haaa.. gerenti korang lebih banyak tahu pasal kepercayaan zaman Jahilliah. (Aku pun dah lupa apa yang aku belajar masa STPM dulu..hihihi) . So, sedar tak sedar, di zaman moden sekarang, kepercayaan seperti ini kembali wujud dalam masyarakat kita. Jika Islam, ia lebih dikenali sebagai mensyirikkan ALLAH jika berlebihan percaya berbanding kuasa ALLAH S.W.T .. 

Ni ada sedikit experience aku la. Tapi nak mention sikit, apa yang aku cerita ni memang tak menyokong mana-mana ahli politik. Cuma sebagai pandangan aku sebagai seorang Islam, aku rasa wajar jugak untuk aku perbetulkan sedikit cara pemikiran orang zaman sekarang. 

So, cerita dia bunyinya... Jeng..Jeng.. Jeng... 

Ehem..Ehem... 

Semua orang dah tahu, sejak PRU akan datang ni banyak kempen tentang perihal politik masing-masing. Bukan pasal politik aku nak cerita sebenarnya. Seperti korang semua tahu, politik ini besar cabangnya. Untuk aku yang setahun jagung hidup ni and first time nak mengundi nanti, aku cuma lihat pada pandangan mata kasar. Cuba untuk menilai tingkah manusia menjelang PRU 13 nanti. Yang penting, undi aku memang aku takkan cakap la sebab "UNDI ANDA ADALAH RAHSIA" .. haha

Wokeyh.. Seperti yang dikhabarkan dalam media massa jugak, negeri Cik Siti Wan Kembang ini kerap menerima kunjungan Yang Berhormat Dato' Sri Najib. So, semasa Jelajah PM bersama rakyat dekat Kelantan, ada sedikit cerita-cerita yang memang tidak boleh diterima akal bagi aku.

Semasa kunjungan PM ke bumi Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lepas, bersamaan 15 Mac 2013 ikut kalendar Omputeh, pada hari tersebut sememang cuaca agak mendung sedikit. Seperti yang sedia berlaku, keadaan cuaca sebelum itu, agak panas. Kadang-kadang terdetik dalam hati aku untuk meraikan kedatangan hujan air biarpun sekejap. 

So, pada hari kedatangan PM tu, cuaca memang agak mendung. Desis hati aku semacam sedikit gembira untuk menerima hujan rahmat. Menjelang lebih kurang pukul 3 lbh, PM tiba di bumi Tanah Merah dan majlis berlangsung. Di pertengahan majlis, ketika itu, hujan turun dengan lebatnya, disertakan dengan kilat dan ribut. 
Lebih kurang pukul 4 lebih, PM beransur berangkat untuk ke Kota Bharu sempena pelancaran Pecah Lot, then hujan berhenti.

So, apabila tamat majlis, semua penduduk pulang, then malam itu, terus aku terlihat satu video yang diupload dalam FB yang menunjukkan kejadian ribut berlaku sehingga bumbung khemah tercabut dari tiang. Dan, bila dibaca diruangan komen, bagi penyokong parti pembangkang, mereka membuat tafsiran bahawa kedatangan seseorang itu seperti membawa malang. 

Sehingga aku bertanya pada diri sendiri, sebenarnya apa masalah mereka ini sehingga mengaitkan kejadian alam dengan nasib seseorang. Desas desus bukan hanya berhenti disitu, malah semakin berpanjangan sehingga hari ini. Semalam, 16 Mac, hujan turun bermula awal pagi dan berhenti pada waktu malam. Dan kejadian ini masih dikaitkan dengan kedatangan PM pada hari sebelumnya. 

Semakin hari, semakin banyak desas desus ini sehingga membuatkan aku untuk bercerita disini. Sebagai orang yang betul-betul berpegang pada landasan Islam yang sebenar, setiap kejadian ada hikmahnya. Setelah hampir 2 minggu di Tanah Merah tidak dibasahi dengan air hujan, dan rahmat yang ALLAH beri dengan turunkan hujan, telah menjadi satu perbualan yang tanpa kita sedari telah mensyirikkan ALLAH. Hujan itu kan rahmat. Seharusnya kita bersyukur dengan rahmat ALLAH, bukan mempertikaikan hujan itu dengan kedatangan seseorang. Then, hari ini, sejak dari awl pagi sehingga malam, cuaca panas terik sehingga membakar ruang-ruang roma kulit aku. Barulah terdengar ada yang merungut akibat cuaca terlalu panas sehingga suhu air-cond terlalu rendah pun masih tidak dapat melawan tahap kepanasan cuaca.

Apa guna kita solat, puasa dan berjanji untuk pertahankan Islam, jika perkara simple macam ni susah untuk kita follow. Seharusnya, sebagai Islam, kita harus percaya kepada kuasa ALLAH dan meletakkan setiap kejadian itu sebagai rahmat dariNYA. 

Bagi aku, dakwah bersama Islam bukan bergantung kepada kuantiti kita berbicara soal Islam, tapi bergantung kepada Akidah kita terlebih dahulu. Fahamkan makna sebenar Islam terlebih dahulu, kemudian dipermudahkan untuk kita dekati Islam. Islam juga bukan terletak pada soal bicara, tetapi sikap kita sebagai penganut Islam untuk memelihara nilai Islam itu sebenar. 

Islam, tinggi nilainya. Agama lahir dari ALLAH. Tak perlu kita meletakkan nilai Islam itu sama tinggi dengan darjat kita kerana sememangnya kita tidak tertanding dengan nilai Islam itu sendiri. 

Untuk nasihat aku, cuma nak menyampaikan apa yang betul kerana aku juga tidak terlalu bijak untuk berbicara soal agama. Cuma, aku hanya berpegang pada asasnya sahaja. Dan, jika kita tahu asasnya, Insyallah, mudah bagi kita untuk mengenal Islam yang sebenar. 

P/s : Bersama-sama kita perbaiki peribadi untuk martabat Islam sebenar. Jangan kita kotorkan Islam seperti yang pernah berlaku pada zaman dahulu. Diingatkan sekali lagi yea, ini bukan untuk tujuan politik. Aku juga belajar, dan kita sama-sama belajar sebagai peringatan di akhirat kelak..

Monday, March 11, 2013

Master bila plak ?

Assalamualaikum w.b.t...
Dan salam sejahtera... 

Owrite...! Untuk entry kali ini, bukan nak cerita pasal master yang orang cina selalu panggil untuk guru diaorang tu, or yang selalu diaorang panggil sifu... hehe... So, topik hari ni nak story morry sikit pasal tahap pendidikan anak-anak zaman sekarang. 

Owkeyh..! Kalau kita imbas kembali, zaman dulu punye cerita la kan. Seingat-ingat umi aku pernah cerita, orang yang lepas SPM tahap 1 tu, dikira memang orang paling pintar sedunia. Apatah lagi kalau yang dah ada Diploma or Degree. Masa tu, kaum ada yang ada degree or diploma, memang confirm saham naik mendadak. Kejap-kejap ada je mak cik - mak cik datang rumah tanya yang si teruna ni dah ada calon ke tak. Yela.. Apa lagi. Nak dijodohkan dengan anak dieorang la tu.. 

So, pada gurls yang ada degree or diploma masa tu, memang confirm la menjadi pujaan hati kat kampung kan. Plus plak kalau si perempuan tu high package. Haha.. Dengan ada rupa, pandai masak, pelajaran tinggi, gerenti dalam satu hari 4 or 5 orang masuk tanya nak dijadikan isteri. Alahai.. Sweetnya.. 



                                                              *****

Tapi, nowdays, dunia makin hari makin canggih. Budak-budak sekarang makin hari makin cerdik. Mungkin masa baby-baby dulu, minum susu yang tinggi DHA yang membuat perkembangan otak budak lebih cerdik dari umur mereka. So, tak hairan la jika sekarang kalau dilihat calon-calon UPSR tiap-tiap tahun, ramai bebenor dapat 5A, sampaikan beratus-ratus orang dalam sebuah negeri. So, tak hairan jugak la jika banyak MRSM or SBP memilih student-student dieorang yang betul-betul layak. Persaingan memang sengit. Tu baru peringkat sekolah, belum lagi dikira peringkat IPTA.




Alhamdulillah, setelah 3 tahun menjalani pengajian dekat IPTA, sekurang-kurangnya impian masa zaman sekolah-sekolah dulu nak pegang segulung ijazah tu akan tercapai tak lama lagi. Seingat masa zaman sekolah rendah dulu, masa kelas pendidikan seni, aku selalu jugak la lukis gambar orang pkai jubah konvo dengan segulung ijazah berikatkan reben merah. Tapi masa tu memang tak tahu maksudnya. Tahu lukis je la.. haha

So, zaman sekarang, untuk student lepasan degree memang banyak yang menganggur. Mana taknya, bilangan student yang masuk IPT beratus ratus ribu, bilangan kerja kosong setiap tahun plak makin terhad. Nak tak nak, pemilihan kerja tu memang tak boleh ada dalam memori. Jadi, majikan sekarang pun semakin demand la kan. Kelayakkan memang tak menjamin apa-apa. Tapi, kalau ada kelayakan + pengalaman, gerenti ada peluang untuk mendapat pekerjaan. Tapi, untuk dua tahun kebelakangan ini, bukan hanya kelayakan dan pengalaman diambil kira, tapi pekerja yang multi-skill diambil sebagai bonus utk merebut pekerjaan yang terhad. Sungguh mencabar dunia hari ini. 

Untuk sebab bilangan lepasan ijazah ini terlalu ramai yang menganggur, maka semakin ramai jugak la yang mengambil initiatif untuk menyambung pelajaran diperingkat master. Kalau dahulu, dengar aje istilah master ni, kecut perut didengar nya kan. Tapi sekarang, master tu dah macam biasa dengar. So, family aku terutama umi tercinta ada jugak suggestkan aku untuk sambung master. Tapi bila dipikir-pikir, dengan kelayakkan ijazah pun susah nak cari kerja, apatah lagi jika ada master tapi pengalaman kosong. 

Untuk itulah, aku lebih memilih untuk bekerja dahulu sekadar mencari pengalaman sebagai bekalan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik suatu hari nanti.

Untuk adik-adik lepasan SPM yang akan dapat result SPM tak lama lagi, korang kena banyakkan bersaing. Jika tak masuk IPT tak apa, asalkan korang ada pengalaman bekerja yang baik dan korang kena jadi multi-skill. Means, korang kena pandai berkomunikasi, pandai handle problem, kerja cekap, prestasi baik, insyaallah, korang akan mudah dapat kerja. Sbb sekarang ada sesetengah company, yang pandang pada pengalaman kerja dan skill korang, then untuk kelayakkan, dieorang akan hantar korang untuk sambung pelajaran nanti. Lagi untung. 



Jangan nanti, bila korang dengar akak-akak or abang-abang lepasan degree ni susah nak cari kerja, jadi korang pun hilang keyakinan diri untuk teruskan belajar. Jangan risau. Allah itu maha adil. Jika tertulis sebuah pekerjaan itu untuk adik-adik, maka takkan ada orang lain yang dapat. Rezki itu datang daripada Allah. Yang penting, usaha, tawakal dan improve diri, insyaallah, adik-adik juga akan menjadi orang berjaya. Jika ketika ini, adik-adik belum lagi ada peluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading, teruskan usaha dan perbaiki diri. Insyallah, jika itu adalah rezki adik-adik, ia takkan kemana. 

So, untuk aku, semoga dapat timba pengalaman kerja banyak-banyak dan korang doakan juga untuk aku mudah-mudahan impian aku untuk sambung belajar tercapai.. AMIN..!

Untuk readers semua, aku doakan semoga korang dapat jugak apa yang korang inginkan, dan jangan mudah putus asa. Rezki Allah itu luas. Tak salah jika kita minta dariNYA dan yang penting jangan pernah sombong denganNYA.. 

Okeyh..! Sekian saja entry kali ini. Nak tido and get ready untuk masuk kerja esk.. Bye2..! 

Saturday, March 9, 2013

Keserasian ...

Assalamualaikum w.b.t ...

Hello readers... hari ni aku nak cerita serba sedikit pasal keserasian. Sebelum tu, nak ucap sikit kepada semua wanita di dunia .. "HAPPY WOMAN DAY" ! Bersempena 8 Mac 2013. Berjuanglah wahai wanita sekalian. Sesungguhnya, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia.. Ceewwaahh! 

Owrite.! First at all, sempena hari wanita semalam, aku ada nak cerita sikit pasal keserasian. Wokeh.. Bagi wanita-wanita yang dah kahwin, yang bertunang or couple, of course mula-mula apa yang diorang pikir adalah nak cari keserasian. Kan ? 

Kalu rasa pasangan anda tidak serasi, sebab itulah ada saja perkara yang tidak diingini berlaku kan. Seriously, nak tanya jugak, apa yang penting sangat pasal keserasian ni. Kalau ditanya kepada orang lelaki, of course dieorang akan cakap , 

" i nak cari orang yang faham i .. "  ... betul tak ?

So, untuk kita orang perempuan ni, ape yang pernting sangat pasal keserasian ? Meh, nak cakap cikit .. 




1) Bertolak ansur

Berbeza cita rasa sebenarnya bukan penyebab tidak ada keserasian. Tetapi, bergantung kepada sikap tolak ansur pasangan itu sendiri. 

Isteri : Nanti, bila rumah baru kita dah siap, syg nak warna rumah kita bermula dari luar rumah, sampai dalam rumah termasuk tandas sekali, syg nak semua warna pink.

Suami : Eh, mana boleh. Abg yang beli rumah tu. Jadi abg yang akan tentukan rumah kita warna apa. Yang penting, rumah kita mesti ada warna hitam. 


2) Kepercayaan 




 Kepercayaan itu adalah faktor yang amat penting untuk membina keserasian. Kalau masing-masing susah nak percaya pasangan, macam mana nak timbul keserasian kan. 


Isteri : Abg ni, balik rumah lewat je akhir-akhir ni. Pergi menggatal dengan perempuan mana ?

Suami : Eh awk ni. Kesitu pulak. Saya ni kerja. Mencari rezeki. Yang awak pagi-pagi cepat je keluar pergi pejabat, ada affair dengan bos tempat awk ke ? Awk jgn. Kalau saya tahu nanti, tahulah macam mana akibatnya. 


3) Lebih sikap terbuka

Kepada pasangan, of course korang nak cari yang lebih matang sikit kan. Untuk tu kena bersikap lebih terbuka dengan pasangan. Jangan terlalu mengongkong pasangan. Jika kita juga mahu si dia memahami kita, maka kita dulu lah yang kena memahami si dia. 

4) Serba boleh


Sebagai wanita masa kini, kita kena lah menjadi yang serba boleh. Dengan itu, keserasian tu akan ada bila kita tahu apa yang kita lakukan, telah lakukan ataupun akan lakukan. (ape punya ayat ni .. hik3)

Owrite..! Senang cerita, apa yang selalu husband korang mintak, korang boleh tunaikan. Contoh : 

Suami : Syg, boleh tak arini syg masak ikan todak masak tempoyak + masak kicap cili padi ?
Isteri : Boleh..! 30 minit siap!

Suami : Syg, baju abg koyak ni, ntah sape la yg letak gam dekat kerusi office tadi sampai melekat baju abg sampai terkoyak masa abg nk bangun tadi. 
Isteri : Ala.. xpe2.. nti syg jahit baju abg tu tampal sikit dengan kain syg kat belakang tu, nanti tutup la tempat koyak tu.

Suami : Syg, tolong sambung abg buat proposal projek ni. Abg nak tidur la. Esk kena bgun pagi. Dah siap nanti, sayang save, lepas tu print terus yea. Lepas tu tebuk lubang then letak dalam file biru ni. Satu lagi, jangan lupa yea, photocopy terus kepada 30 set. Esk meeting kena ada. Tq syg. 

Isteri : yea abg. Nti syg buat. abg tidur la senyenyak-nyenyak ny.. oke.?

See.. bila serba boleh, semua benda akan jadi mudah. Beruntung betul para suami. 

5) Jangan pernah mengungkit


Ingat. Jangan sesekali ada rasa nak mengungkit dengan apa yang telah anda lakukan ataupun apa yang telah terjadi. Ikhlaskan diri untuk buat sesuatu perkara. Dengan itu, hubungan kalian juga akan bahagia. Dan.... paling penting, jangan mengungkit tentang masa silam pasangan anda.

6) Sentiasa mengubah kelemahan diri

Setiap orang pasti ada kelemahan diri kan. Ada yang jenis suka kentut depan orang ramai kan. Jadi, utk species yang macam ni, kena la ubah kelemahan diri tu. Bila dah ditegur, cuba ubah untuk tak buat lagi. Sama jugak dengan hidup berpasangan, bila ada kelemahan diri, cepat-cepat perbaiki supaya kelemahan anda itu tidak terus menjadi alasan untuk mencari keserasian.

dan paling penting adalah ...... 

7 ) Hormat


Rasa hormat, mudah sangat dibentuk. Cara nak membentuk rasa hormat adalah berfikir apa kelebihan pasangan kita yang kita sendiri tidak ada pada diri kita. Mudah kan. 


So, utk tujuh point kat atas, apa yang penting, kita kenalah sentiasa berdoa. Bagi yang dah berkahwin, jagalah jodoh anda. Kerana bukan mudah untuk membina keserasian. Tapi banyakkan bersabar dan tawakal. Insyaallah.. Jika baik kita, maka baiklah pasangan kita. Bagi yang belum kawin, jangan risau. Sentiasa berdoa. Permudahkan hari-hari korang dengan sifat-sifat positif. Ingat yea, Jodoh kita adalah cermin diri kita. Perbetulkan diri kita dahulu, then baru kita boleh perbetulkan diri orang lain.

Mudah-mudahan, tujuh langkah di atas, bolehlah dipraktikkan dan semoga korang dipanjangkan dan dipermudahkan jodoh olehNYA.. Amin!

Monday, March 4, 2013

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum ...

Firstly, rindu sbb dh lama xtulis blog. Ntah kenapa, sejak dah habis blaja sebulan yang lalu, bila hati dan badan ni dah pulang ke kampung, memang terlalu banyak perubahan. Kalau nak dicakap pasal perubahan kawasan tu memang dah banyak la. Dulu jalan kampung je, sekarang jalan pun kebanyakkan dah bertar. Tapi kalau semua jalan dah bertar, roadblock oleh abang2 JPJ pon banyak lah yer.. Nasib je la sape yang kena saman kan. Rezki abang2 JPJ pun bertambah. Alhamdulillah.. Okeyh..!! Bukan pasal saman menyaman yang nak dibincangkan, tapi pasal BUDI BAHASA..

                                                          ******

Seriously, zaman semakin canggih skang. Manusia pun semakin kurang budi bahasa. Budi bahasa ni bukan setakat percakapan sahaja, tapi tingkah laku jugak. Secara umumnya, budi bahasa nie luas jugak lah kalu nak didefinisikan satu2 kan. So, first part, nak bincang pasal budi bahasa dengan orang tua.

Kita semua dah tahu, sejak sekolah rendah lagi cikgu-cikgu kat tadika selalu sebut pasal hormat orang tua kan. Tak kira lah, samada bercakap dengan orang tua, membantu orang tua, semua kena buat baik2. Eventhough sometimes, sesetengah orang tua mood die agak ribut cikit kan.



So, as a teenage nowdays, kena la bnayak bersabar dengan orang tua. Sebab, kita jugak akan jadi orang tua suatu hari nanti. 

As my last experience, ada la ternampak an old woman yang nak mintak tolong dengan someone yang bukan islam. Yes! He is chinese. Mak cik ni mintak tolong orang muda tu untuk keluarkan duit untuk dia sbb mak cik ni tak pandai nak guna atm machine. So, that guy tolong la mak cik tu. Unfortunately, yang mesin atm tu plak kehabisan duit. But, that guy tolong mak cik tu ke bank lain untuk keluarkan duit. Seriously, nampak sangat kesopanan dan kesantunan tu. 

Aku memang tabik giler dengan that guy. And nampak mak cik tu tersenyum je. Aku pun happy je tgk mak cik tu. 
Kalau la at that time aku ada kat situ, and tetiba mak cik tu mintak tolong dengan aku, sure la aku tolong. Seriously, aku takut la kot-kot kena sumpahan kan. ( Macam cerita-cerita dulu kerap betol kena sumpahan).  But, ada betulnye benar. 

Second, ni masa time aku teman nenek aku masa nak pergi amik bantuan BR1M aritu. Seriously, ramai giler orang. Sebab, kat Kelantan nie, sebelum duit bantuan tu nak dibahagikan, dieorang kena dengar ceramah dulu. Tu biasa la dekat-dekat time nak mengundi. So, aku bawa la nenek aku beratur kat kaunter untuk sesi pendaftaran. Tapi, dekat barisan depan memang ramai giler orang-orang muda yang nak amik bantuan untuk orang bujang. Bila saja kaunter pendaftaran dah dibuka, orang ramai dari belakang berpusu-pusu menolak sampai nenek aku pon turut terhimpit sama. Masa tu aku terus marah dieorang. Yela kan, orang tua dah ada kat depan, tolong la bagi toleransi cikit. Lepas je pendaftaran, aku terus je bawa nenek aku masuk dewan sbb aku sebagai pengiring tak boleh masuk dewan. So kena la tunggu sampai habis pembahagian bantuan tu.  
Sepanjang majlis berlangsung, aku just tengok je gelagat-gelagat orang-orang muda yang berada di sekitar dewan. Apa yang nak di highlight kat sini, time tengok orang tua sedang beratur, yang orang-orang muda mudi kat sana, langsung tak bagi laluan. Seriously, geram..!

                                                                          ******



Cuba korang tengok betul-betul.. Bayangkan one day korang akan jadi macam ni..


Hari tua kita tak siapa yang tahu kan. Sama ada masa tu kita masih punya anak yang ambik peduli pasal kita ataupun tak. Hidup ini kan hukum karma. Kita bukan sentiasa ada di atas. 

Nasihat aku jugak buat anak-anak muda sekarang, sebelum kita berbuat baik pada orang lain, berbuat baik dulu lah pada family kita. Without them, belum tentu kita akan hidup aman dekat Malaysia nih kan. 

Zaman sekarang, banyak kejadian dah berlaku depan mata. Warga-warga emas semakin terisih. Mana tak nya, sikap kurang hormat semakin menular dalam diri remaja zaman sekarang. 

                                                      ****
So, sampai sekarang, aku masih berpegang pada prinsip, "Buat baik pada orang tua, tinggi balasannya". 
Dan hikmah yang paling best, adalah rasa tenang. Seriously, kalau kita tulus dan ikhlas tolong orang, hati kita akan rasa tenang. Itu sebenarnya yang tak semua orang dapat rasa. Ada aku terbaca satu buku ilmiah. Aku tak ingat die punye tajuk sbb buku tu aku pimjam dengan sorang member aku masa sekolah dulu. But, aku masih ingat die punye benefit berbuat baik pada orang tua :

  • Hati rasa tenang
  • Murah rezeki
  • Orang pun akan terbuka hati dan berbuat baik dengan kita
  • (kalau ada lagi, bolehlah tambah-tambah ye)
Bila masing-masing tahu balance yang dunia dan akhirat, insyaallah, hidup kita akan menjadi mudah di dunia juga di akhirat. Tak rugi jika kita berbuat baik dengan orang, sebab suatu hari bila kita dah tua, insyaallah, ada orang yang akan tolong kita. 

Okeyh la.. Skang dah nk sambung nengok TV nih.. haha.. Aku ni dah demam cerita indon CUCU MENANTU tu... hik3.. bye3!