Sunday, March 17, 2013

Islam Hanya Pada Nama ?

Assalamualaikum w.b.t ... 



Hai readers ? Macam mana kehidupan korang sekarang ? Ok ke tak ? Kepada adik-adik yang bakal mendapat result untuk STPM esok, Isnin, 18 Mac 2013, mudah-mudahan semuanya baik-baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin. Dan kepada adik-adik yang bakal terima result SPM hari Khamis ni, masih ada masa untuk adik-adik semua mengaminkan doa adik-adik dalam masa yang singkat ini, kerana yang ada sekarang cumalah doa yang adik-adik harapkan untuk mendapat keputusan yang baik. Insyallah, dengan izin dan jika dah jadi rezeki adik-adik, keputusan yang cemerlang bakal adik perolehi. Amin. 

Owkeyh, arini aku ada nak cerita sikit pasal kepercayaan. Jika di zaman Jahilliah dulu, seperti yang kita dah belajar dalam buku Agama Islam masa form 1-5 memang banyak yang menyentuh pasal kepercayaan. Macam-macam kan? Ada yang sembah berhala, percaya pada setiap kejadian alam, dan pelbagai lagi kepercayaan khurafat yang kita pernah terbaca. 

Bagi yang pernah ambil paper Sejarah masa STPM, haaa.. gerenti korang lebih banyak tahu pasal kepercayaan zaman Jahilliah. (Aku pun dah lupa apa yang aku belajar masa STPM dulu..hihihi) . So, sedar tak sedar, di zaman moden sekarang, kepercayaan seperti ini kembali wujud dalam masyarakat kita. Jika Islam, ia lebih dikenali sebagai mensyirikkan ALLAH jika berlebihan percaya berbanding kuasa ALLAH S.W.T .. 

Ni ada sedikit experience aku la. Tapi nak mention sikit, apa yang aku cerita ni memang tak menyokong mana-mana ahli politik. Cuma sebagai pandangan aku sebagai seorang Islam, aku rasa wajar jugak untuk aku perbetulkan sedikit cara pemikiran orang zaman sekarang. 

So, cerita dia bunyinya... Jeng..Jeng.. Jeng... 

Ehem..Ehem... 

Semua orang dah tahu, sejak PRU akan datang ni banyak kempen tentang perihal politik masing-masing. Bukan pasal politik aku nak cerita sebenarnya. Seperti korang semua tahu, politik ini besar cabangnya. Untuk aku yang setahun jagung hidup ni and first time nak mengundi nanti, aku cuma lihat pada pandangan mata kasar. Cuba untuk menilai tingkah manusia menjelang PRU 13 nanti. Yang penting, undi aku memang aku takkan cakap la sebab "UNDI ANDA ADALAH RAHSIA" .. haha

Wokeyh.. Seperti yang dikhabarkan dalam media massa jugak, negeri Cik Siti Wan Kembang ini kerap menerima kunjungan Yang Berhormat Dato' Sri Najib. So, semasa Jelajah PM bersama rakyat dekat Kelantan, ada sedikit cerita-cerita yang memang tidak boleh diterima akal bagi aku.

Semasa kunjungan PM ke bumi Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lepas, bersamaan 15 Mac 2013 ikut kalendar Omputeh, pada hari tersebut sememang cuaca agak mendung sedikit. Seperti yang sedia berlaku, keadaan cuaca sebelum itu, agak panas. Kadang-kadang terdetik dalam hati aku untuk meraikan kedatangan hujan air biarpun sekejap. 

So, pada hari kedatangan PM tu, cuaca memang agak mendung. Desis hati aku semacam sedikit gembira untuk menerima hujan rahmat. Menjelang lebih kurang pukul 3 lbh, PM tiba di bumi Tanah Merah dan majlis berlangsung. Di pertengahan majlis, ketika itu, hujan turun dengan lebatnya, disertakan dengan kilat dan ribut. 
Lebih kurang pukul 4 lebih, PM beransur berangkat untuk ke Kota Bharu sempena pelancaran Pecah Lot, then hujan berhenti.

So, apabila tamat majlis, semua penduduk pulang, then malam itu, terus aku terlihat satu video yang diupload dalam FB yang menunjukkan kejadian ribut berlaku sehingga bumbung khemah tercabut dari tiang. Dan, bila dibaca diruangan komen, bagi penyokong parti pembangkang, mereka membuat tafsiran bahawa kedatangan seseorang itu seperti membawa malang. 

Sehingga aku bertanya pada diri sendiri, sebenarnya apa masalah mereka ini sehingga mengaitkan kejadian alam dengan nasib seseorang. Desas desus bukan hanya berhenti disitu, malah semakin berpanjangan sehingga hari ini. Semalam, 16 Mac, hujan turun bermula awal pagi dan berhenti pada waktu malam. Dan kejadian ini masih dikaitkan dengan kedatangan PM pada hari sebelumnya. 

Semakin hari, semakin banyak desas desus ini sehingga membuatkan aku untuk bercerita disini. Sebagai orang yang betul-betul berpegang pada landasan Islam yang sebenar, setiap kejadian ada hikmahnya. Setelah hampir 2 minggu di Tanah Merah tidak dibasahi dengan air hujan, dan rahmat yang ALLAH beri dengan turunkan hujan, telah menjadi satu perbualan yang tanpa kita sedari telah mensyirikkan ALLAH. Hujan itu kan rahmat. Seharusnya kita bersyukur dengan rahmat ALLAH, bukan mempertikaikan hujan itu dengan kedatangan seseorang. Then, hari ini, sejak dari awl pagi sehingga malam, cuaca panas terik sehingga membakar ruang-ruang roma kulit aku. Barulah terdengar ada yang merungut akibat cuaca terlalu panas sehingga suhu air-cond terlalu rendah pun masih tidak dapat melawan tahap kepanasan cuaca.

Apa guna kita solat, puasa dan berjanji untuk pertahankan Islam, jika perkara simple macam ni susah untuk kita follow. Seharusnya, sebagai Islam, kita harus percaya kepada kuasa ALLAH dan meletakkan setiap kejadian itu sebagai rahmat dariNYA. 

Bagi aku, dakwah bersama Islam bukan bergantung kepada kuantiti kita berbicara soal Islam, tapi bergantung kepada Akidah kita terlebih dahulu. Fahamkan makna sebenar Islam terlebih dahulu, kemudian dipermudahkan untuk kita dekati Islam. Islam juga bukan terletak pada soal bicara, tetapi sikap kita sebagai penganut Islam untuk memelihara nilai Islam itu sebenar. 

Islam, tinggi nilainya. Agama lahir dari ALLAH. Tak perlu kita meletakkan nilai Islam itu sama tinggi dengan darjat kita kerana sememangnya kita tidak tertanding dengan nilai Islam itu sendiri. 

Untuk nasihat aku, cuma nak menyampaikan apa yang betul kerana aku juga tidak terlalu bijak untuk berbicara soal agama. Cuma, aku hanya berpegang pada asasnya sahaja. Dan, jika kita tahu asasnya, Insyallah, mudah bagi kita untuk mengenal Islam yang sebenar. 

P/s : Bersama-sama kita perbaiki peribadi untuk martabat Islam sebenar. Jangan kita kotorkan Islam seperti yang pernah berlaku pada zaman dahulu. Diingatkan sekali lagi yea, ini bukan untuk tujuan politik. Aku juga belajar, dan kita sama-sama belajar sebagai peringatan di akhirat kelak..

No comments:

Post a Comment