Saturday, March 9, 2013

Keserasian ...

Assalamualaikum w.b.t ...

Hello readers... hari ni aku nak cerita serba sedikit pasal keserasian. Sebelum tu, nak ucap sikit kepada semua wanita di dunia .. "HAPPY WOMAN DAY" ! Bersempena 8 Mac 2013. Berjuanglah wahai wanita sekalian. Sesungguhnya, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia.. Ceewwaahh! 

Owrite.! First at all, sempena hari wanita semalam, aku ada nak cerita sikit pasal keserasian. Wokeh.. Bagi wanita-wanita yang dah kahwin, yang bertunang or couple, of course mula-mula apa yang diorang pikir adalah nak cari keserasian. Kan ? 

Kalu rasa pasangan anda tidak serasi, sebab itulah ada saja perkara yang tidak diingini berlaku kan. Seriously, nak tanya jugak, apa yang penting sangat pasal keserasian ni. Kalau ditanya kepada orang lelaki, of course dieorang akan cakap , 

" i nak cari orang yang faham i .. "  ... betul tak ?

So, untuk kita orang perempuan ni, ape yang pernting sangat pasal keserasian ? Meh, nak cakap cikit .. 




1) Bertolak ansur

Berbeza cita rasa sebenarnya bukan penyebab tidak ada keserasian. Tetapi, bergantung kepada sikap tolak ansur pasangan itu sendiri. 

Isteri : Nanti, bila rumah baru kita dah siap, syg nak warna rumah kita bermula dari luar rumah, sampai dalam rumah termasuk tandas sekali, syg nak semua warna pink.

Suami : Eh, mana boleh. Abg yang beli rumah tu. Jadi abg yang akan tentukan rumah kita warna apa. Yang penting, rumah kita mesti ada warna hitam. 


2) Kepercayaan 




 Kepercayaan itu adalah faktor yang amat penting untuk membina keserasian. Kalau masing-masing susah nak percaya pasangan, macam mana nak timbul keserasian kan. 


Isteri : Abg ni, balik rumah lewat je akhir-akhir ni. Pergi menggatal dengan perempuan mana ?

Suami : Eh awk ni. Kesitu pulak. Saya ni kerja. Mencari rezeki. Yang awak pagi-pagi cepat je keluar pergi pejabat, ada affair dengan bos tempat awk ke ? Awk jgn. Kalau saya tahu nanti, tahulah macam mana akibatnya. 


3) Lebih sikap terbuka

Kepada pasangan, of course korang nak cari yang lebih matang sikit kan. Untuk tu kena bersikap lebih terbuka dengan pasangan. Jangan terlalu mengongkong pasangan. Jika kita juga mahu si dia memahami kita, maka kita dulu lah yang kena memahami si dia. 

4) Serba boleh


Sebagai wanita masa kini, kita kena lah menjadi yang serba boleh. Dengan itu, keserasian tu akan ada bila kita tahu apa yang kita lakukan, telah lakukan ataupun akan lakukan. (ape punya ayat ni .. hik3)

Owrite..! Senang cerita, apa yang selalu husband korang mintak, korang boleh tunaikan. Contoh : 

Suami : Syg, boleh tak arini syg masak ikan todak masak tempoyak + masak kicap cili padi ?
Isteri : Boleh..! 30 minit siap!

Suami : Syg, baju abg koyak ni, ntah sape la yg letak gam dekat kerusi office tadi sampai melekat baju abg sampai terkoyak masa abg nk bangun tadi. 
Isteri : Ala.. xpe2.. nti syg jahit baju abg tu tampal sikit dengan kain syg kat belakang tu, nanti tutup la tempat koyak tu.

Suami : Syg, tolong sambung abg buat proposal projek ni. Abg nak tidur la. Esk kena bgun pagi. Dah siap nanti, sayang save, lepas tu print terus yea. Lepas tu tebuk lubang then letak dalam file biru ni. Satu lagi, jangan lupa yea, photocopy terus kepada 30 set. Esk meeting kena ada. Tq syg. 

Isteri : yea abg. Nti syg buat. abg tidur la senyenyak-nyenyak ny.. oke.?

See.. bila serba boleh, semua benda akan jadi mudah. Beruntung betul para suami. 

5) Jangan pernah mengungkit


Ingat. Jangan sesekali ada rasa nak mengungkit dengan apa yang telah anda lakukan ataupun apa yang telah terjadi. Ikhlaskan diri untuk buat sesuatu perkara. Dengan itu, hubungan kalian juga akan bahagia. Dan.... paling penting, jangan mengungkit tentang masa silam pasangan anda.

6) Sentiasa mengubah kelemahan diri

Setiap orang pasti ada kelemahan diri kan. Ada yang jenis suka kentut depan orang ramai kan. Jadi, utk species yang macam ni, kena la ubah kelemahan diri tu. Bila dah ditegur, cuba ubah untuk tak buat lagi. Sama jugak dengan hidup berpasangan, bila ada kelemahan diri, cepat-cepat perbaiki supaya kelemahan anda itu tidak terus menjadi alasan untuk mencari keserasian.

dan paling penting adalah ...... 

7 ) Hormat


Rasa hormat, mudah sangat dibentuk. Cara nak membentuk rasa hormat adalah berfikir apa kelebihan pasangan kita yang kita sendiri tidak ada pada diri kita. Mudah kan. 


So, utk tujuh point kat atas, apa yang penting, kita kenalah sentiasa berdoa. Bagi yang dah berkahwin, jagalah jodoh anda. Kerana bukan mudah untuk membina keserasian. Tapi banyakkan bersabar dan tawakal. Insyaallah.. Jika baik kita, maka baiklah pasangan kita. Bagi yang belum kawin, jangan risau. Sentiasa berdoa. Permudahkan hari-hari korang dengan sifat-sifat positif. Ingat yea, Jodoh kita adalah cermin diri kita. Perbetulkan diri kita dahulu, then baru kita boleh perbetulkan diri orang lain.

Mudah-mudahan, tujuh langkah di atas, bolehlah dipraktikkan dan semoga korang dipanjangkan dan dipermudahkan jodoh olehNYA.. Amin!

No comments:

Post a Comment