Hai reader ? Harini menjelang cuti yang agak santai, aku terasa sedikit terpanggil untuk buat new entry.. hihi.. Masa yang terluang tak salah rasanya jika dikongsi sedikit cerita yang boleh dijadikan iktibar untuk anak-anak muda sekarang. (Bajet dah tua kan.. haha)
Okey.. Nak tanya cikit la. Biar pun, suara korang tak dapat didengar untuk jawab, tapi sekadar nak imbas perkara kecil yang bagi kita semua tiada pentingnya. Bila kali pertama korang ucap terima kasih ? Untuk aku, aku memang tak ingat bila kali pertama aku ucap terima kasih. Tapi, setelah dikaji selidik dengan umi aku, then ingat-ingat sikit masa zaman tadika dulu, kemungkinan semasa aku berumur 3 0r 4 tahun, umi aku dah ajar aku cakap terima kasih. Sebab itu, masa zaman tadika dulu, cikgu-cikgu selalu tanya,
"Kalau orang bagi sesuatu kat kita, apa kita cakap ?" . Then, anak-anak tadika pun ramai-ramai jawab, "Terima kasih cikgu". See.. maksudnya, sebelum kita masuk tadika lagi kita dah terdidik dengan ucapan terima kasih.
So, untuk orang yang memberi, surely la kita kena ucap terima kasih. Tak salah kalau tak ucap pun, tapi kita kan orang melayu. Kesantunan tu kena la ada. Nanti orang cakap sombong plak. Ada satu cerita aku nak share sikit kat korang semua.
Ceritanya begini.. Ehem..Ehem...
Masa aku belajar dekat Uitm Puncak Alam dulu, aku amik course Health Administration. Okey, untuk student Health memang sangat familiar dengan sikap kesantunan gitu.. hihi.. Bak kata sorang Pensyarah Research aku dulu, dia selalu gelar budak-budak health ni sebagai budak 'Panggilan Haji'.. hahaha..
Owrite, masa tu memang akan ada lecturer favourite. Antara lecturer yang menjadi favourite budak health adalah Mr. A.. Satu hari, nak dijadikan cerita pasal Terima Kasih ni, Mr. A telah bagi tugasan kepada budak kelas. Then, aku ni memang antara student yang agak lembap sikit kalau nak belajar pasal Medical terminologi dengan Medical Coding. So, ada mistake masa aku nak hantar aku punya assignment. So, apa lagi, sure la kena tegur dengan Mr. A..
Bila dah kena tegur, then kena jugak la dengar sesi ceramah dari Mr. A. Last bila aku dah nak keluar betulkan aku punya assignment, aku ucap la terima kasih dekat Mr. A.. Then, sekali lagi terkena penangan ayat Mr. A..
" Kenapa awak perlu ucap terima kasih dekat saya? Awak nak perli saya ye?"
Sekali aku agak tergamam dekat situ. Tujuan aku ucap terima kasih sebab dia tegur aku buat silap, then nasihat aku. Tetiba plak terkena ayat yang sangat touching sehingga muka aku terasa panas (bila dah panas, surely la terasa malu kan) ..
Sebenarnya, aku faham yang dia tak nak aku ulang silap yang pernah aku buat. Tapi walau macam mana pun, Mr. A tetap baik. Walaupun nampak agak tegas dan kadang-kadang menyengat garangnya, tapi aku tahu dia nak student-student dia berusaha dan ada effort dalam buat tugasan.
Sebab itu, setiap kali kelas Mr. A, aku mesti terasa berkobar-kobar nak pergi kelas. Setiap kali kelas, Mr A selalu bagi semangat untuk student-student dia supaya menghargai ilmu. Sikap Mr A yang agak comel setiap kali mengajar, memang ramai membuat student tak kering gusi bila berada dalam kelas dia.
Selepas itu, aku macam agak berkobar-kobar untuk mengikuti jejak Mr.A dan menjadi pendidik yang bukan sahaja boleh mendidik anak bangsa, tapi boleh juga membentuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak muda zaman sekarang.
So, moral of the story, tak salah sebenarnya untuk kita ucap terima kasih. Kerana ucapan terima kasih itu kadang-kadang membuat orang rasa dihargai dan kadang-kadang boleh jugak membuat orang lain untuk rasa gembira. Untuk imbuhannya, orang yang mengembirakan hati orang lain, suatu hari ALLAH akan mengembirakan hati kita. Tak gitu ?
Sekian..~








