Tuesday, November 23, 2010

WANITA MAHUKAN INI??

aku tertarik dengan sebuah artikel dari sebuah majalah yg bertajuk wanita mencari kesempurnaan. sometimes, ia buat aku terfikir, its that true?? apa pun, dlm dunia nie, hampir 87% kaum wanita memikirkan cinta. dan yang selebihnya, baru terletak pada perkara-perkara lain. so, what im try to say, love for the women is the most important thing to them to create their future. believe it or not, but sure!! you must believe it.. rata-rata wanita mencari seorang lelaki yang mempunyai CIRI KELELAKIAN.. haaa.. jangan terkejut.. bagaimana ciri kelelakian tu?? Jom kita semak..!!


1- PRIHATIN
sifat gurlz yang salu inginkan perhatian dan pandangan dari lelaki membuatkan ciri ini menjadi keutamaan bagi setiap pmpuan. Ini bukan bermakna lelaki ni mengambil peluang untuk mengongkong setiap pergerakan wanita, tetapi sikap prihatin sorang lelaki akan membuatkan wanita lenih rasa dihargai. ramai yang mengatakan bahawa tanya dah makan or dah mandi ke belum tu dah dikira prihatin. Hello.. tu bukan prihatin namanya. mama and papa i pon boleh tnya kalu setakat dah makan ke, dah minum ke.. apa yg lelaki tu perlu buat, just jadikan gurlz tu rapat and trust kat laki tu.. so that, keselesaan wanita terhadap seseorang lelaki membuatkan si wanita akan berkongsi segala masalah, pandangan, idea or rasa.. haaa.. masa tu la, lelaki memainkan peranan penting untuk menunjukkan keprihatinan korang...selain tu, its include jugak la pasal kesihatan wanita tu, family die cam ne.. ala brader... benda-benda senang je.. bukan susah pon.. huhuhu


2- STABIL DAN KUKUH
seseorang lelaki tu dikira stabil apabila kewangan dan cara hidupnya dapat memberi kesenangan kepada wanita. Haaa.. ni ada jugak jenis yang kedekut.. mane taknya, kuar ngan awek bawa air minerals, pas tu bawa sandwish.. alamak hai... ni bukan zaman batu la bang.. ni zaman moden.. tp, satu je yg aku tak suka bila bercakap pasal kestabilan ekonomi laki nih.. mula nak kata gurlzz ni pisau cukur.. adoii.. brader, cam ne nak takcle awek law xde duit.. sampaikan duit tambang bas pon awek kena belanja. wat malu je..


3- MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
tak semestinya bila kita bercinta, sumer benda kena wat bersama. cam  tak de privacy jep. ada sesetengah perkara perlu diberikan laluan untuk gurlzz wat sesuatu perkara sendirian. jangan sekat ape yg pmpuan suka, asalkan ia tak ganggu hubungan korang, itu dah cukup baik..sumer orang perlukan masa dieorang sendiri. so, bagilah sedikit masa untuk kaum hawa ni buat ape yg die suka.. sekurang-kurangnya, tu boleh hiburkan hati dia dengan caranya sendiri..


4- PEMURAH
lelaki yg pemurah sangat disukai oleh wanita.. ia tak kira lah, dari segi harta benda mahupun pertolongan. jangan sbb nak jadi pemurah sangat, sampai korang sendiri yg sengket sudah la.. jangan sampai terlalu nak tunjuk sifat kemurahan anda sehinggakan tiap-tiap malam just makan biskut kering sudah la.. huhuhu...


5- MEMBERI SOKONGAN PADU
sebagai sorang laki, korang kena lah bagi sokongan padu pada awek korang. bukan setakat awek je, kawan pun sama. sokongan padu tu penting sebagai tanda penghargaan dan semangat yg diberikan pada pasangan. ia juga mencerminkan betapa kamu prihatin dan mengambil berat  pasal pasangan anda. jangan pulak bila awek buat benda salah, korang sokong jugak.. law cam tu matilah. Ngan korang sekali dapat dosa.. pandai-pandai la yea... huhuhu


6- CINTAKAN KEDAMAIAN
keras kepala, panas baran dan ego adalah sifat semulajadi bagi kaum adam. jadi, jangan tunjukkan sangat sikap korang yang xberapa nak baik tu depan kaum hawa ni. Ini akan menakutkan dieorang.. but looking steady, cool, relax je.. malah cintakan ketenangan dan kedamaian boleh menambat hati si dia.. ingat tu..ni tak.. jalan skit marah.. suruh cikit melenting.. keras kepala lak tu.. jangan jadikan perasaan tu sebati ngan diri korang.. cubalah kawal ckit.. baru la minah sebelah tu cair... tak gitu brader..?? huhuhu


7- TENANG  HADAPI DUGAAN
sebagai manusia, kadang-kadang ada perkara yg boleh menjejaskan hubungan korang. so, jgn cepat nak marah, melenting, pukul org tu, sepak terajang orang ni.. x baik gitu.. sebaliknya, suba bertenang, beristifar.. gunakan akal yang waras untuk selesaikan masalah korang.. jangan asyik nak ikot perasaan je.. insyaallah, setiap masalah ada penyelesaian, cuma terpulang pada orang yang mengawal dan mengatasinya.. rase tenang itu semakin hari akan membuatkan awek korang rasa dihormati.. walaupun korang ada masalah, tapi xcepat wat keputusan yang melulu.. tu akan menambah kan lagi rasa sayang dan cinta pada korang (kaum adam).



so, ape yang aku kongsi nie, harap2 boleh dijadikan iktibar dan panduan..selain usaha, kita juga kena tawakal..kerna aku tahu, tak semua orang dalam dunia ni sempurna, tapi tak salahkan kalu kita mencari kesempurnaan untuk menjadi yang lebih baik.. okew..(^_^)

wallahualam...

SUKA DAN DUKA...

setiap org pasti ada masa suka dan duka. Aku pun begitu. Sometimes, when we try to forget it, makin kita akan ingat pada masalah yg melanda. So, what im try to say, semua problem datang silih berganti. Dan semua problem juga ada yg akan bagi kedukaan kpd kita and sometimes, its can make people happy.

Same as me, im always have some problems, its not only about my self, but also including people around me. And, its not only can make me hurt, but also can hurt people around me. And a few days before, aku dah sakiti seseorg. And benda tu bukan secara sengaja aku buat. Im being more stressfull because a lot of problem during im came back to the village. After that, some thing happen, and im become more pasif.

because of that, i want to share with all my friends that how to improve ourself to become more motivate and im also try to do it..!! lets try..!!




1- Sibukkan diri anda

cuba buat diri anda sibuk. Walaupun tak ada benda nak dibuat, cuba untuk anjurkan sesuatu acara/majlis dan banyak luangkan masa bersama kwn-kwn ada. semakin anda sibuk, masalah anda semakin berkurangan dan anda akan cepat melupakan luka dalam diri anda.


2- Banyakkan luangkan masa untuk aktiviti fizikal

anda mungkin boleh cuba untuk bersenam, joging, ataupun pergi ke kelas senamrobik. Hal ini bukan sahaja boleh mengurangkan masalah anda, tetapi boley juga meningkatkan tahap kesihatan anda.


3- Bekerja

berikan tumpuan anda kepada pekerjaan anda. Berikan sepenuh komitmen dan tetapkan target yg anda akan capai dalam pekerjaan anda. Hal ini boleh membantu meningkatkan prestasi dan memberi lebih keyakinan pada diri anda untuk membina kerjaya yang lebih memuaskan.


4- Window shopping

anda juga mungkin boleh keluar bersama rakan-rakan untuk window shopping. Semakin banyak anda luangkan masa bersama rakan-rakan anda, masa luka anda juga akan hilang sedikit demi sedikit.


5- Banyakkan berzikir dan membaca buku motivasi

banyakkan membaca buku motivasi yg boleh mmembina kembali keyakinan diri anda. Anggap sahaja semua yg berlaku ada hikmahnya dan mungkin akan ada yg lebih baik yg ditentukan-Nya untukmu. Selain itu, banyakkan berzikir kerana nikmat zikir besar faedahnya. Ia bukan sahaja meningkatkan kesabaran kita malah boleh memberi ketenangan pada diri kita.. Insyaallah..

Tuesday, November 16, 2010

Kuasa Wanita Kepada insan bergelar LELAKI...

Assalamualaikum...

Hari ni aku tertarik nak tulis pasal kehebatan sorang pmpuan.. Bukan aku nak berbangga sbb aku pmpuan.. Tapi mmg kebenaran dan hakikatnya macam tu. Dalam life seharian kita pun, everything thats related pasal pmpuan mesti akan jadi kelemahan buat sorang lelaki.. Nak tahu lembih lanjut?? Jom..

1- Anak perempuan

mengenai pasal anak perempuan, sudah tentu la parents yg ada anak pmpuan akan manjakan sikit dak pmpuan dari anak laki. Seperti lumrah dan ketentuan, pmpuan ni suka dibelai dan disayangi. Apa-apa yg anak pmpuan nak, mesti akan dapat. Berbanding ngn anak lelaki, dieorg jrang nak minta-minta ni. So, kalu ada pun, apa yg dieorg minta jarang dimakbulkan drpd anak laki. Tu la hakikat. So, kena terima lah yea..


2-  Air mata pmpuan



kalu aku ckp air mata wanita adalah kuasa yg paling besar, korang percaya tak? betol.. tak caye, try la nangis depan laki.. hahhaha... betol.. sememangnya kaum adam akan kalah pada air mata wanita. Dieorg boleh tgk budak - budak nangis, dieorg boleh tgk air mata lembu yg nak disembelih, tapi yg mengalahkan dieorg ialah AIR MATA wanita. So, pd gurls2 yg kat luar sana, berbanggalah anda dijadikan sbg sorang wanita.

Masa nie lah, kalu korang mintak  rumah banglo pon, confirm dapat punya lah.. hahaha... Haaa, jadi, law masa nie, korang nak buat hati si lelaki tu cair, gunalah masa nie. hehehe


3- Merajuk

Satu lagi bg lelaki, ialah wanita yg merajuk. Tapi, be carefull, jgn merajuk terlalu lama. Nanti korang jugak lah yg tergigit jari. Kalu nak merajuk tu, biarlah berpada-pada. Bg gurlz yg merajuk, confirm boys akan wat something nak pujuk awek kesayangan dieorg. Jadi, tu menunjukkan, kelemahan dieorg bagi seorang lelaki.


4- Godaan

Yg nie, tak yah cakap la. Dah memang terang-terang dah. Gerenti boyss akan cair punya la.  Its not only dari cara korang berpakaian, its include cara percakapan, pergerakan yg boleh wat boysss ni cair. Must remember, every part in women's body, its can be power to the boyss to interact them. Ni termasuklah, susuk tubuh, cara korang pandang boys.. Haaa, masa nielah, korang nak goda habis-habis. Pakai la maskara tebal 14 inci, heel 4 inci.. and others ekssesories..

p/s : walaupun we as women have more power to conterol the boysss, must remember that our religion. agama kita melarang kita mendedahkan aurat, agama kita ada kesopanan. Jadi kena la pandai-pandai korang adaptasikan ia. Jgn nanti hanya nak jadi popular or nak menonjol sehinggakan terpaksa pikul dosa berbakul-bakul. Lebih afdal, korang wat la lepas kawin eh.. huhuhu


wallahualam..

Monday, November 15, 2010

Perempuan Simpanan VS Poligami...

Assalamualaikum..

aku pilih tajuk ni sbb ape yg aku perhatikan sekarang, bnyak kes penceraian berlaku disebabkan ada org ketiga tau dikenali sebagai perosak rumah tangga. malah, kadar berlakunya pernceraian lebih tinggi berbanding kadar perkahwinan.. jadi aku cuba cari dimana salahnya.. dan salah satunya adalah kerana PEREMPUAN SIMPANAN..

dari ape yg aku dengar sekarang, ramai lelaki suka simpan pempuan berbanding berkahwin lagi satu. Haa.. mane tidaknya, kalau kawin cume dapat pakai 4 je.. kalu simpan, boley pakai lebih. Aku tak tahu la kenapa, hal ni bukan je berlaku kat orang muda je, tapi yg aku heran, yg bapak-bapak haji ni.. pon nak pakai simpan-simpan jugak ke... adoii.. sah sah-sah dah dapat haji, buat amal, tunaikan rukun islam, aihhh tetiba ada hati jugak nak simpan pempuan.. Astafirullahalazim..

 Yang kesiannya, yg bini kat umah.. kadang-kadang tunggu laki sampai berjam-jam.. tunggu nak makan malam sama-sama lepas laki balik keje.. tub-tub.. bole pulak yang si laki nie pegi jumpa pmpuan simpanan sampai balik umah pon lewat malam... Yg si bini ni lah, tunggu sampai bengkak bijik mata mengantuk.. bukan setakat mengantuk, lapar lagi.. yg bertambah kesian, bila suami dah balik, si isteri ajak makan, yg suami nie boley pulak jawab "abg dah mkn kat luar. abg ngantuk, esk kena keje pagi sb ada meting ".

Kesian betol ngn isteri.. sekurang-kurangnya, jamah lah sikit nak jaga hati isteri.. ni tak, asyik isteri jep kena jaga hati die, hati isteri sape nak jaga.. haaa... kesimpulan daripada cerita pendek di atas, aku nak citer kat korang yg mengapa laki zaman sekarang terutama yg dah berkeluarga lebih memilih untuk simpan pempuan berbanding berpoligami.. situasi ini kebanyakkannya melibatkan org-org yg ada duit. kalau org yang kurang mampu, dieorang nie tahu jugak nak hormat bini.. tapi, ada jugak kot yang simpan angan-angan.. hehehehe...


1 - Hukum agama

dalam hukum agama kan cuma boley nikah sampai 4.. jadi law simpan pmpuan, bole simpan bnyak-banyak.. kalu dah tak suka or bosan, tak payah nak lafaz cerai or jatuhkan talak sumer. haa.. kan senang.. sumer manusia nak yg senang jek kan. mmg lumrah manusia mcm tu.. sumer nak senang jep..

2- Jangka masa yg pendek

sudah tentu ia berkaitan dengan jangka masa yg pendek.. mane tidaknya, guna bila perlu, buang bila tak nak.. macam lampin pakai buang jugak la.. Walaupun terpaksa berhabis duit semata-mata nak bela si pmpuan atau lebih elok dikenali sbg pisau cukur, tp keseronokan punya pasal.. xpe la.. ni kalu dah nikah, kena prepare dokumen cerai, turun naik mahkamah, ambik masa pulak untuk perbicaraan.. bukan ke leceh wat perkara sumer tu.. macam biasa la.. manusia lebih suka benda yg simple dan senang..

3- Jaga hati isteri

ada jugak antara lelaki yg menjadikan faktor "menjaga hati isteri". ye lah, mane tidaknya.. dah hmpir 10 tahun kawin.. tetiba, kalu tahu nak bini lagi, musti kecik hati si isteri.. merajuk pulak.. nak-nak, bila bgtaw bini, haaa, mulalah mengamuk satu kampung.. pinggan mangkuk sumer terbang.. kalu yg murah xpe.. nak-nak yg set luar negara, harga berpuluh-puluh ribu.. huiiii... sayang duit tu... hahhaha.... marah, marah jugak cik kak, pinggan mangkuk mahal tu simpan.. hahhaha

4- berusia dari mak mertua

haaa... faktor nie yang paling azab sekali.. mane taknya... niat n nawaitu dah betol dah.. nak masuk pinang, nak prepare hantaran sumer... bila tiba time meminang, si mertua pulak tak restu.. kang sakit cam tu.. meranalah jiwa.. yela.. mertua mane yg nak terima..

mertua : aku ingatkan , kau pilih yg seiras-iras fahrin ahmad ke, fizol omar ke.. boley jugak aku terima.. ni tak.. kau pilih, yg kubur dah kata mari, umah dah kata pergi..

faktor ini jugak berkemungkinan menjadi penyebab mengapa ramai lelaki lebih memilih untuk simpan pempuan...

p/s untuk mak mertua : terima je la mak cik oi.. daripada die buat maksiat sana-sini.. sekurang-kurangnya, kalu menantu kau mati, boley jugak anak kau merasa jadi janda kaya.. hahhaha

5-  Wasiat

haaa... yg pasal wasiat and harta pusaka nilah yg bahaya.. mane taknya.. kalu dah harta berjuta-juta, tanah berekar-ekar, rumah berbanglo-banglo... xke jadi hura hara nti nak bahagikan tanah tu.. haa.. sbb tu la ramai yg pilih untuk simpan pmpuan.. hal harta pusaka ni, biarlah jadi bekalan untuk keturunannya ..


aku rase dah cukup la 5 faktor yg aku bagi ni yg menjadi punca penyebab adanya pmpuan simpanan.. nti aku akan bg tau, ape keistimewaan or rahsia bg seorang pmpuan simpanan.. haa... sebelum aku tutup coretan aku nie, aku ada pesanan ckit nih.. huhuhu

p/s : 
1- lelaki/suami 
kpd kaum laki yg jenis nie, jgn haraplah kau nak masuk syurga.. tu mmg dah confirm dah... kau nak pmpuan yg baik, tapi kau merosakkan anak dara org..kau takot bini, tapi kau xtakot TUHAN.. satu je aku nak bg ingat, kalu kau buat bini kau menangis or terseksa tanpa sebarang salah, oneday nti, kau akan rasa seperti mane yg bini kau rase malah lebih lagi padahnya...

2- si pmpuan simpanan
haa.. kpd pmpuan nie plak.. aku nasihatkan kau cepat-cepat bertaubat.. kau dah rosakkan masjid yg org bina, kau rampas kebahagiaan dieorg, kau gunakan segala kesempatan dan keseronakkan yg ada.. suatu hari nanti kau adakan dapat kesengsaraan atas kebhagiaan org lain, kau akan dapat kekecewaan atas keseronokan org lain.. cepat-cepat insaf.. lubang kubur xtnggu kau tua untuk kau pergi masuk..

(artikel ni xde kaitan dgn sesiapa.. just untuk menyedarkan yg tersesat, yg baru2 nak cuba, batalkan niat anda.. TUHAN bagi otak untuk pikir.. takkan kemana kalu hidup bergelumang dosa, mati pon terseksa )

WALLAHUALAM...

Wednesday, November 10, 2010

MENGENALI KEKASIH CEMBURU BUTA

hari ni aku nak kongsi sal kekasih yg cemburu buta.. haaa, bagi kekasih yg cemburu buta ni, kadang2 boley merimaskan. ye la, daripada sikap cemburu tu boley menyebabkan si dia mengongkong segala aktiviti pasangannya. mari kita selidikki di mana sikap cemburunya yg boleh merimaskan pasangan..

1) Emosi yg melampau.
- keadaan nie berlaku bila je si dia sering menelefon anda. xsampai 2 minit, telefon lagi.. kadang2 baru je lepas gayut sejam, eish tetiba tepon lagi. dah la tu, kalu lambat angkat kol or lmbat reply mesej, mula nak melenting tak tentu pasal. padahal die tak tahu yg kita nie ada hal ke..

2) Sering melemparkan tuduhan
- haa... keadaan macam nie lagi la menambahkan bengang. mana tak nya, kdg2 bila kita keluar dengan kwn2, mula nak tuduh yg keluar dgn lelaki lain la,ataupun sahabat yg bukan taulan. maka, akan keluarlah kata-kata kesat yg xsedap cuping telinga ni nak mendengar. bukan tu aje, kdg2 ada jugak rase nak sumbat je cili api kat dlm telinga ni.. huisshh.. lebih baik la telinga ni panas sebab cili api berbanding dengan dengar tuduhan dan kataa-kata kesat..

3) Cuba mencari kesalahan anda
- keadaan ini berlaku apabila si dia mula ingin mengambil tahu segala aktiviti yg kamu lakukan. selain daripada itu, si dia  akan mula mengintip ke mana sahaja anda berada. kononnya nak jadi bodyguard la tu, tapi sebenarnya die buat sumer tu semata-mata nak cari kesalahan yg anda mungkin terlepas pandang n mulalah nak marah-marah tak tentu pasal.

4) Sentiasa ingin bersama
- sikap ingin bersama anda 24 jam tentu akan merimaskan anda. privacy anda semakin hari semakin nipis. bukan itu sahaja, jika anda keluar tanpa mengajaknya, si dia pasti akan marah-marah. ditambah pula, kwn2 anda turut sama mendapat tempias kemarahannya.

5) Anti sosial
- hal ini berlaku apabila si dia melarang anda untuk melakukan sebarang aktiviti sosial samada parti, dinner atau sebagainya. katanya " tak perlu sumer tu kalu tak penting ". setiap org ada masa yg tersendiri untuk bersama rakan-rakan dan memerlukan hiburan yg mungkin boley melepaskan tension seharian bekerja.

6) Sikap buruk sangka
- Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

7) Takut dipermainkan.
- Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

8) Pantang telefon berdering.
- Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.


p/s : Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.