Wednesday, November 10, 2010

MENGENALI KEKASIH CEMBURU BUTA

hari ni aku nak kongsi sal kekasih yg cemburu buta.. haaa, bagi kekasih yg cemburu buta ni, kadang2 boley merimaskan. ye la, daripada sikap cemburu tu boley menyebabkan si dia mengongkong segala aktiviti pasangannya. mari kita selidikki di mana sikap cemburunya yg boleh merimaskan pasangan..

1) Emosi yg melampau.
- keadaan nie berlaku bila je si dia sering menelefon anda. xsampai 2 minit, telefon lagi.. kadang2 baru je lepas gayut sejam, eish tetiba tepon lagi. dah la tu, kalu lambat angkat kol or lmbat reply mesej, mula nak melenting tak tentu pasal. padahal die tak tahu yg kita nie ada hal ke..

2) Sering melemparkan tuduhan
- haa... keadaan macam nie lagi la menambahkan bengang. mana tak nya, kdg2 bila kita keluar dengan kwn2, mula nak tuduh yg keluar dgn lelaki lain la,ataupun sahabat yg bukan taulan. maka, akan keluarlah kata-kata kesat yg xsedap cuping telinga ni nak mendengar. bukan tu aje, kdg2 ada jugak rase nak sumbat je cili api kat dlm telinga ni.. huisshh.. lebih baik la telinga ni panas sebab cili api berbanding dengan dengar tuduhan dan kataa-kata kesat..

3) Cuba mencari kesalahan anda
- keadaan ini berlaku apabila si dia mula ingin mengambil tahu segala aktiviti yg kamu lakukan. selain daripada itu, si dia  akan mula mengintip ke mana sahaja anda berada. kononnya nak jadi bodyguard la tu, tapi sebenarnya die buat sumer tu semata-mata nak cari kesalahan yg anda mungkin terlepas pandang n mulalah nak marah-marah tak tentu pasal.

4) Sentiasa ingin bersama
- sikap ingin bersama anda 24 jam tentu akan merimaskan anda. privacy anda semakin hari semakin nipis. bukan itu sahaja, jika anda keluar tanpa mengajaknya, si dia pasti akan marah-marah. ditambah pula, kwn2 anda turut sama mendapat tempias kemarahannya.

5) Anti sosial
- hal ini berlaku apabila si dia melarang anda untuk melakukan sebarang aktiviti sosial samada parti, dinner atau sebagainya. katanya " tak perlu sumer tu kalu tak penting ". setiap org ada masa yg tersendiri untuk bersama rakan-rakan dan memerlukan hiburan yg mungkin boley melepaskan tension seharian bekerja.

6) Sikap buruk sangka
- Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

7) Takut dipermainkan.
- Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

8) Pantang telefon berdering.
- Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.


p/s : Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.

No comments:

Post a Comment