Assalamualaikum..
aku pilih tajuk ni sbb ape yg aku perhatikan sekarang, bnyak kes penceraian berlaku disebabkan ada org ketiga tau dikenali sebagai perosak rumah tangga. malah, kadar berlakunya pernceraian lebih tinggi berbanding kadar perkahwinan.. jadi aku cuba cari dimana salahnya.. dan salah satunya adalah kerana PEREMPUAN SIMPANAN..
dari ape yg aku dengar sekarang, ramai lelaki suka simpan pempuan berbanding berkahwin lagi satu. Haa.. mane tidaknya, kalau kawin cume dapat pakai 4 je.. kalu simpan, boley pakai lebih. Aku tak tahu la kenapa, hal ni bukan je berlaku kat orang muda je, tapi yg aku heran, yg bapak-bapak haji ni.. pon nak pakai simpan-simpan jugak ke... adoii.. sah sah-sah dah dapat haji, buat amal, tunaikan rukun islam, aihhh tetiba ada hati jugak nak simpan pempuan.. Astafirullahalazim..
Yang kesiannya, yg bini kat umah.. kadang-kadang tunggu laki sampai berjam-jam.. tunggu nak makan malam sama-sama lepas laki balik keje.. tub-tub.. bole pulak yang si laki nie pegi jumpa pmpuan simpanan sampai balik umah pon lewat malam... Yg si bini ni lah, tunggu sampai bengkak bijik mata mengantuk.. bukan setakat mengantuk, lapar lagi.. yg bertambah kesian, bila suami dah balik, si isteri ajak makan, yg suami nie boley pulak jawab "abg dah mkn kat luar. abg ngantuk, esk kena keje pagi sb ada meting ".
Kesian betol ngn isteri.. sekurang-kurangnya, jamah lah sikit nak jaga hati isteri.. ni tak, asyik isteri jep kena jaga hati die, hati isteri sape nak jaga.. haaa... kesimpulan daripada cerita pendek di atas, aku nak citer kat korang yg mengapa laki zaman sekarang terutama yg dah berkeluarga lebih memilih untuk simpan pempuan berbanding berpoligami.. situasi ini kebanyakkannya melibatkan org-org yg ada duit. kalau org yang kurang mampu, dieorang nie tahu jugak nak hormat bini.. tapi, ada jugak kot yang simpan angan-angan.. hehehehe...
1 - Hukum agama
dalam hukum agama kan cuma boley nikah sampai 4.. jadi law simpan pmpuan, bole simpan bnyak-banyak.. kalu dah tak suka or bosan, tak payah nak lafaz cerai or jatuhkan talak sumer. haa.. kan senang.. sumer manusia nak yg senang jek kan. mmg lumrah manusia mcm tu.. sumer nak senang jep..
2- Jangka masa yg pendek
sudah tentu ia berkaitan dengan jangka masa yg pendek.. mane tidaknya, guna bila perlu, buang bila tak nak.. macam lampin pakai buang jugak la.. Walaupun terpaksa berhabis duit semata-mata nak bela si pmpuan atau lebih elok dikenali sbg pisau cukur, tp keseronokan punya pasal.. xpe la.. ni kalu dah nikah, kena prepare dokumen cerai, turun naik mahkamah, ambik masa pulak untuk perbicaraan.. bukan ke leceh wat perkara sumer tu.. macam biasa la.. manusia lebih suka benda yg simple dan senang..
3- Jaga hati isteri
ada jugak antara lelaki yg menjadikan faktor "menjaga hati isteri". ye lah, mane tidaknya.. dah hmpir 10 tahun kawin.. tetiba, kalu tahu nak bini lagi, musti kecik hati si isteri.. merajuk pulak.. nak-nak, bila bgtaw bini, haaa, mulalah mengamuk satu kampung.. pinggan mangkuk sumer terbang.. kalu yg murah xpe.. nak-nak yg set luar negara, harga berpuluh-puluh ribu.. huiiii... sayang duit tu... hahhaha.... marah, marah jugak cik kak, pinggan mangkuk mahal tu simpan.. hahhaha
4- berusia dari mak mertua
haaa... faktor nie yang paling azab sekali.. mane taknya... niat n nawaitu dah betol dah.. nak masuk pinang, nak prepare hantaran sumer... bila tiba time meminang, si mertua pulak tak restu.. kang sakit cam tu.. meranalah jiwa.. yela.. mertua mane yg nak terima..
mertua : aku ingatkan , kau pilih yg seiras-iras fahrin ahmad ke, fizol omar ke.. boley jugak aku terima.. ni tak.. kau pilih, yg kubur dah kata mari, umah dah kata pergi..
faktor ini jugak berkemungkinan menjadi penyebab mengapa ramai lelaki lebih memilih untuk simpan pempuan...
p/s untuk mak mertua : terima je la mak cik oi.. daripada die buat maksiat sana-sini.. sekurang-kurangnya, kalu menantu kau mati, boley jugak anak kau merasa jadi janda kaya.. hahhaha
5- Wasiat
haaa... yg pasal wasiat and harta pusaka nilah yg bahaya.. mane taknya.. kalu dah harta berjuta-juta, tanah berekar-ekar, rumah berbanglo-banglo... xke jadi hura hara nti nak bahagikan tanah tu.. haa.. sbb tu la ramai yg pilih untuk simpan pmpuan.. hal harta pusaka ni, biarlah jadi bekalan untuk keturunannya ..
aku rase dah cukup la 5 faktor yg aku bagi ni yg menjadi punca penyebab adanya pmpuan simpanan.. nti aku akan bg tau, ape keistimewaan or rahsia bg seorang pmpuan simpanan.. haa... sebelum aku tutup coretan aku nie, aku ada pesanan ckit nih.. huhuhu
p/s :
1- lelaki/suami
kpd kaum laki yg jenis nie, jgn haraplah kau nak masuk syurga.. tu mmg dah confirm dah... kau nak pmpuan yg baik, tapi kau merosakkan anak dara org..kau takot bini, tapi kau xtakot TUHAN.. satu je aku nak bg ingat, kalu kau buat bini kau menangis or terseksa tanpa sebarang salah, oneday nti, kau akan rasa seperti mane yg bini kau rase malah lebih lagi padahnya...
2- si pmpuan simpanan
haa.. kpd pmpuan nie plak.. aku nasihatkan kau cepat-cepat bertaubat.. kau dah rosakkan masjid yg org bina, kau rampas kebahagiaan dieorg, kau gunakan segala kesempatan dan keseronakkan yg ada.. suatu hari nanti kau adakan dapat kesengsaraan atas kebhagiaan org lain, kau akan dapat kekecewaan atas keseronokan org lain.. cepat-cepat insaf.. lubang kubur xtnggu kau tua untuk kau pergi masuk..
(artikel ni xde kaitan dgn sesiapa.. just untuk menyedarkan yg tersesat, yg baru2 nak cuba, batalkan niat anda.. TUHAN bagi otak untuk pikir.. takkan kemana kalu hidup bergelumang dosa, mati pon terseksa )
WALLAHUALAM...
No comments:
Post a Comment