Monday, December 13, 2010

Luahan Hati Rakyat.....

Assalamualaikum...


selalunya aku akan menulis pasal perbicaraan hati, soal cinta, soal kesihatan.. Tapi kali ni aku

nak bercakap mengenai sikap masyarakat kita hari ini.. Mengenai sikap masyarakat kita hari

nie, aku cume nak org2 yg berkaitan supaya ubah balik apa yg sepatutnya terjadi.. 
 
 

Isu pertama : Rasuah dan berat sebelah

 

Semua dah sedia maklum mengenai isu ini.. Disebabkan isu ini menjadi besar sehingga

banyak melibatkan mereka yg bekerja di sektor swasta, kerajaan telah mengambil tindakan

tegas untuk membanteras gejala ini.. Namun, pemerhatian aku sebagai rakyat biasa, isu ini

masih lagi berlaku tapi tidak dapat dikesan kerana kebijaksanaan mereka menggunakan kuasa

sehingga mereka yang tertindas tidak berani menyuarakan masalah yg sedang mereka alami..

 

Aku bagi contoh yg biasa bantuan kerajaan salurkan seperti wang kwam, bantuan notebook

kepada pelajar sekolah, bantuan pemakanan di sekolah, dan lain-lain bantuan yg kerajaan

salurkan untuk membela nasib rakyat..



Semasa aku di kampung, sudah tentu ramai yg berpendapatan rendah kerana tidak

mempunyai pendapatan yg tetap, dan ada juga mereka yg mempunyai pendapatan tetap tetapi

mempunyai jumlah tanggungan yang ramai. Itu juga tergolong dalam golongan yang

berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.. 

 
Baru-baru ini, kerajaan telah memberikan bantuan notebook kepada pelajar-pelajar sekolah

bagi mereka yg berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Namun, apa yg aku dengar

dari kejiranan kawasan perumahan yg aku tinggal, masih ramai mereka yg tidak mendapat

bantuan tersebut sedangkan mereka boleh dikira sebagai golongan yang layak. Daripada

pemerhatian dan desas-desus yg aku dengar, hampir kebanyakkan mereka yg menerima

bantuan tersebut adalah mereka yg berlatar belakang daripada golongan yang berkemampuan

dan golongan yang berada.  Hal ini telah menunjukkan berlakunya pemesongan dalam

pentadbiran yg diuruskan. 


Setelah aku tanya, dan usha ckit2, aku dapat tahu, mereka yg dari golongan yg berpendapatan

tinggi ini mempunyai sangkut paut atau dalam bahasa bagus lagi adalah kenalan ataupun

saudara mara kepada 'orang' yang diamanahkan utk mengagihkan bantuan tersebut. Niat

kerajaan mmg aku xsangkal, nak membantu generasi kita sekarang supaya celik IT.. tapi kalau

begini sikap dan tindakan, bagaimana nak melahirkan generasi yg celik IT??

 
Sama jugak dengan pembahagian wang KWAM terhadap golongan yg kurang berkemampuan.

Wang tersebut diamanahkan oleh kerajaan utk membntu mereka yg kurang bernasib baik

semata-mata nak menjamin generasi akan datang supaya lebih berilmu. Namun, hal yg sama

terjadi apabila mereka yg sepatutnya dapat, tidak menerima bantuan tersebut, dan mereka yg

tidak layak mendapat bantuan, elok2 boleh plak bntuan tu.. 


Daripada yg aku dgr, bnyak golongan yg terima bantuan nie, daripada ibubapa yg

berlatarbelakangkan senang dan mampu seperti ibubapa mereka adalah guru, daripada

businessman, ada jugak yg daripada pegawai2.. Adilkah macam tu?? 

 
Apa guna kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah kalau hal ini masih berlarutan.

Walaupun kerajaan dah cuba bnyak perkara nak banteras masalah ni, tapi kalau hati xberubah,

sikap xbetul, menda ni akan terus berterusan.. tak guna kita salahkan pentadbiran kerajaan, tak

guna kita salahkan org lain sedangkan diri kita sendiri yg tak nak ubah.. 


ingatan : Sekali kita menindas org teraniaya, beratus kali ALLAH akan balas keburukan kita..

Dan doa org teraniaya sentiasa termakbul.

 
 
Isu kedua : Membuat kritikan bukan pada jalan yg betul






Isu ini dah jadi besar sejak negara kita dilanda dengan laman sosial sprt FACEBOOK.. Ada

saja masalah, taw nak kutuk je. Sehinggakan laman web nie dah jadi begitu popular dan kritikan

yg menjatuhkan ini boleh menjatuhkan maruah dan imej negara sendiri..

 
Apa yg aku perhatikan, dengan adanya laman web sosial seperti ini, rakyat negara asing

senang2 nak kutuk Malaysia.. terutama dalam page SATU MALAYSIA.  Dan elok plak, rakyat

kita plak balas komen dan berlakulah pergaduhan.. Melalui rangkaian seperti ni, ni boleh

mengancam keamanan negara.


Dan pendapat untuk menutup laman sosial seperti ni, aku sokong hnya 100%.. kalau nak

bersosial sngat, kita lantik seseorang dari yg berpengalaman, utk wat laman sosial bg negara

kita sendri.. Dan pengguna nya, hanyalah rakyat negara kita sendiri.. Tak payah nak masuk

campur ngn rakyat lain..kan senang.. Ni kalu sampai dah jadi pergaduhan ngn rakyat negara

lain, bile2 je boley berlaku peperangan law cam tu.. 

 
Benda ni baik jugak utk menjaga keamanan negara. Kalau nak bersosial, kita boley wat laman

sosial sendri.. Aku kekadang panas jugak baca komen org asing yg kutuk ngara sendiri..

huhuhu...




Isu ketiga : Pertikaian harga barang dengan pentadbiran kerajaan
 
 
 






Ni lagi satu masalah.. Dengar je barang naik, sibuk nak salahkan org tu, nak salahkan org

nie..Aku tak faham la.. dengar je berita nak naik barang, mula sibuk bising sana, bising sini..

Cakap ni la tu la.. Aku pon xbela sesapa.. Tp pikir la.. Ni zaman moden, mane ada ag barang

harga 5 sen.. Malah, dalam agama pon menggalakkan kemajuan, tp kenalah taw, setiap

kemajuan ada harga tersendri..


Macam mana nak maju kalau asyik membandingkan yg dahulu ngn sekarang.. Dulu mmg la,

xde internet, xde jalan raya, xde kemudahan.. tp sekarang sumer dah ada.. dan setiap kemajuan

tu ada nilai.. Kos pon semakin meningkat.. And kalu nak cakap pasal harga minyak naik, harga

barang mentah naik.. memang patot la.. Harga minyak naik sbb kurangkannya bekalan minyak..

Minyak dah xde, so mmg logik la kalau harga minyak naik.. Permintaan minyak tinggi.. Sumer

nak guna kreta, sumer nak guna motor.. So, nak bergerak tu, kena guna minyak.. Kalau dah

permintaan tinggi, maka, harga akan naik, sbb bekalan kurang..

  
Berkaitan ngn barang mentah, harganya related sbb kenaikan harga minyak.. Kos

pengangkutan bukannya guna air.. Guna minyak..


So, kalau dah nak maju, kena terima lah setiap kemajuan.. seperti apa yg aku cakap tadi, nak

maju ada harganya sendri.. so, kena pandai2 la accept.. Jangan asyik nak salahkan org..

Korang yg mintak kemajuan, so kenalah terima risiko.. Kalau negara xmembangun, law negara

mundur, ada komplen.. mintak membangun.. Bila negara dah nak membangun, ada pulak

suara2 sumbang komplen harga naik la, ape la...Tu dah lumrah..Kena terima..





P/S : ni bukan nak salahkan sesapa.. aku pon nak perbetolkan diri aku.. cuba pikir positif.. jgn
asyik pikir negatif.. Kalau kita xubah cara kita, sape lagi nak ubah.. masyarakat kita lemah dan mudah terpengaruh.. sbb tu kita kena kuatkan semangat, jgn mudah terpengaruh.. Ubah mane tang tak baik.. Yang baik kita kekalkan kerana "TIDAK ADA YG SEMPURNA.. JADI, UBAHLAH UNTUK JADI YG SEMPURNA "... 



wallahualam...

Wednesday, December 8, 2010

WhO's The One?? Male or Female ???



FEMALE??




 MALE ??






I was intrested to write about this topic.. u know why?? it's because most people either male or female, they always want to find whats their differences.. dan skrng, aku nak share, apakah aspek ataupun habits yg salu kaum adam and hawa ni pertikaikan.. Jom.. Semak...!! huhuhu...:)

1) PANGGILAN

Bagi gurlz cam aku nie, aku besanya guna nama panggilan yg lebih sopan.. ye la, sesuai ngn nama pmpuan yg sopan santun, lemah lembut... x gitu.. hehehe... yea la, besanya, dak2 pmpuan cam aku nie, paling buruk panggilan yg kiteorg guna just "aku n kau".. besanya, guna panggilan dengan nama or anything that sedap ckit telinga nak dengar.. and kalu si "abg2" kat luar sana, cair ckit kan.. hahaha...

But, bg kaum adam lak, dieorg nie mesti ada gelaran tersendiri... cam kt kg aku nie, law si mamat ni jual sayur, mesti ada gak yg panggil mat sayur, kalau nama org jual ikan yg nama Hussin, mesti org panggil Sin Ikan.. hhahha... ni bukan nak mgata eh.. tapi betol ape.. cubalah korang perhatikan kat sekeliling korang.. xpon, akan panggil guna panggilan fizikal. such as, law org tu gemoksss, mesti ada panggilan seperti mat buncit la, boroi la.. hadoiii... xpon hitam la, putih, oren.. sumer ada la... so.. korang pikir la sendri kan.. dah elok2 mak bapak dieorg bagi nama lawa2, dengan makna yg elok2, buat diperli lak ngn nama org and fizikal dieorg.. aku pon tak faham.. maybe nie pon habits masyarakat kita.. kalu boley ubah la yep..!! huhuhu


2)BERGAYA







kalu bab nie, mmg dah confirm pmpuan yg menang la yep... huhuhu... yea la, mane taknya.. kadang2, sampai nak buang sampah pon pakai heel.. adoihaiii... nak pulak jiran sebelah tnya... ingatkan nak g bandar ke, tgk wayang ke, ni nak g buang sampah siap kai heel.. nak2 plak time tghari masa panas terik, pkai lak cermin mata hitam... hahhaha... mak mmg nak ketawa la law jumpa org cam nie... jgn gelak je.. ni betol terjadi taw.. huhuhu... kdg2 nak kuar siram bunga pon, kena cari baju mane yg macthing ngn pokok bunga.. hahahha... xtaw la ape nak jadi...tapi, dah pmpuan emang cam tu.. kononnya nak jaga penampilan, xnak bg org nampak 'akak' kite nie selekeh... alahai akak.. law kat umah, xde org nak intai pon.. hahaha


tu law pmpuan.. ni.. kalau si adam plak cam ne? hahhaha... si lelaki.. ehem2... xkiralah.. nak g bandar ke, nak amik surat kat peti surat ke, nak g minum kat bandar ke, tak baju tu, sluar tu.. ahhahaha.. baju sama jep yg pakai.. mak xcakap xbasuh yep... huhuhu... basuh emang basuh.. tp selekeh sngat la abg... huhuhu... ataupun, ada jugak yg nak tunjuk yg die tu kerap basuh kain kot.. sbb tu ayik pkai baju yg sama jep.. huhuhu... tp betol.. lelaki mmg simple.. mereka just bergaya bila time nak pegi kenduri kawin, xpon sebarang mjlis yg memerlukan mereka bergaya... believe it..!!


3) BAYAR BIL





kalu pmpuan, dieorg salunya akan keluarkan duit tepat dengan jumlah bayaran... percaya atau x.. korang kena percaya gak.. kalu dah tepat ngn bayaran tu, cuba bayangkan kalau jumlah bayaran tu ada sen2 kat blakang.. hahaha... habislah segala macam dompet mak bukak.. dompet syiling 5 sen, 10 sen, sompet duit kecik, duit besar.. ahahhaha...


bagi si jejaka pulak, hurmmm.. "malas lah nak simpan2 syiling nih, ambik je RM50 nih.. law dieorg nak berniaga, dieorg bagi la baki.. wat pe susah payah nak keluarkan syiling2 bagai..." hahaha.. ni cth.. xbetol?? huhuhu... dan kalu plak ada balance 90 sen ke.. mesti en abg kita nie ckp, "keep the chain la" hahhaa... yea la.. nak bw syling, berat poket... huhuhu... kekadang bagi sedekah ape salahnya... huhuhu... bagus2.. ada jugak sikap PEMURAH tu... huhuhu....




4) SHOPPING




haa... time shopping nie la, bab yg melemahkan semangat mak.. hahaha.. yeala.. law bg gurlzz  cam i nie, mmg dikatakan giler shopping.. hehehe... tp betol la.. bile aku tgk kwn2 aku pon, ada persamaan la... hahhaa..bg pmpuan, dieorg sanggup keluarkan duit seberapa bnyak walaupun kdg2 utk menda yg xperlu.. huhuhu.. bila dah smpai mall, mula lah, rase nak tu, nak ni.. hurmm.. jgn ikotkan sngat ati tu akak..tu nafsu tuu.. hehehe

bg kaum adam lak, dieorg pun sanggup bayar berape pon asalkan jenis brg yg dibeli tu, berkualiti.. walaupun barang tu mahal, dieorg akan beli kerana mereka pentingkan quality.. alasannya, malas nak kuar beli barang bnyak kali.. xde masa katenya.. hehehe.. (maybe kot)




5 ) PERGADUHAN




bagi female, dieorg suka sangat bertengkar and gunakan bahasa kiasan.. hahaha... sampaikan semua simpulan bahasa, peribahasa, ayat bunga2, hahaha.. tu kalu amik SPM tu, confirm dapat A BM.. hahaha.. konon-kononnya sbg kesimpulan pd pertengkaran tu la.. hahhaa

and yg male plak, lain caranya.. si lelaki ni jenis suka menambah kata-kata pada akhir ayat pmpuan dan mulalah muncul perkataan yg tak disangka.. dan, jadik pulak masalah baru dalam pertengkaran nih.. pesanan aku buat sumer, hehehe...(jgn gadoh..) hahhaa


6) HIPOKRIT

dalam banyak2 sebab, menda nie la paling sakit hati.. sama gak yg jenis talam dua muka.. haa.. cam ni la.. depan cakap lain, blakang ckp lain.. kalu pmpuan, die nie jenis hipokrit melalui percakapan.. depan org ckp lain, blakang org cakap lain.. haa... so, be careful la yep..




and, bg laki plak, dieorg nie salu hipokrit melalui perbuatan.. cthnya, dieorg akan buat sesuatu walaupun dieorg xsuka.. dieorg ni bukan jenis cakap bnyak.. tapi makan dalam diam.. ni yg lagi bahaya.. law melalui percakapan, kita tau la yg org tu jenis yg hipokrit, tp law jenis hipokrit melalui perbuatan, emang susah la nak tahu... cth.. depan gurlz, ckp jep, suka kucing, syg tu, syg ni... tp bile belakang gurlz tu, kucing tu main2 jep disepak... ini bukan sekadar citer yep.. ni ada betolnya.. so, pd boyzz yg cam ni, plz dont be hipokrit... lambat laun, org akan tahu jugak..


7)  BILIK AIR







kalau kat bilik air, yg paling aku 'celut' ialah dak laki.. ahhaha.. mane tak nyaa.. masyuk blik air, just bw berush gigi ngn ubat gigi jep.. law barang mandian dak laki, boleh dikira.. paling maximum aku rase 10 jep.. shampoo, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, penckur, krim pencukur n tuala mandi.. yea, la.. bagus la.. xmembazir kan.. hehehe


but, gurlzz?? alamak !!! jgn ckap la.. mandian dah 5 jenis.. tu yg susu, mandian biasa, scrup badan, krim mandian.. mcam2 lah.. tu baru bab badan jep.. lum masuk rambut ag, bab muka lagi... kalau letak rak lam bilik mandi tuh, kena letak rak besar utk dak pmpuan.. paling kurang, dak pmpuan secara purata ada 328 barang lam bilik air.. tp, byak dak laki xtaw ape mendalah barang tuh and tok ape sumer tu kan.. hahaha.... RAHSIA.. hehehe...



8) KEJAYAAN




law bagi org lelaki, kejayaan amat penting tok menjamin masa depan die ngn wanita idamannya kan.. huhuhu.. dan sorang laki yg berjaya akan membuat duit ngn jayanya utk dibelanjakan oleh isterinya.. biasalah.. tanggungjawab lelaki katakan.. huhuhu..


tp, bagi pmpuan lak?? pmpuan dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti di atas itu.. OPSSSS!!.. sbb tu la, timbullah istilah 'pisau cukur, pengikis' dan macam2 lah.. tp, depends pada individu gak kot.. aku pon xtaw.. huhuhu....



9) PERKAHWINAN






bab  perkahwinan lak, gurls ni berkahwin ngn lelaki idamannya dengan harapan si lelaki ni boleh berubah, tp malangnya... tetap jugak cam tu.. huhuhu... yea la... sblm kawin, umah dah sepah, tp boley dimaafkanlah.. Biasalah tu.. org bujang katakan.. ingatkan, bile dah kawin, boley la berubah ckit.. jadik more independent, more responsible.. tp... bile dah kawin, macam tu jugak.. bile tanya.. besanya org laki jawab cam ni lah.. "alah.. i kawin ngan u nak suh u bantu i la.. i dah penat2 cari nafkah....bla..bla..bla.. " hurmm... xtaw nak ckap pe dah.. kbnyakkn cam tu la.. tapi, ada jugak yg baik... huhuhu



law boys lak, dieorg kawin ngn wanita tu dan mengharapkan wanita tu tak berubah.. tapi malangnya, berubah jugak.. ye la.. bukan saja dari segi penampilan, sumernya.. dulu masa couple dulu, pandai lak nak jaga penampilan, nak cover line masa nak cakap.. lemah lembut jep.. tapi... bila dah kawin.. haaa.. amik kau.. duk umah, dari pagi smpai malam, pakai bedak sejuk jep... alahai.. akak... cuba la jadi cam dlu..  bukan tu jep, sblm kawin bukan main ag, ckp pon slow2 jep... lemah lembut... lepas kawin, hurmm... xtaw nak cakap la.. husband yg kat sebelah, ckap cam husband duk 10 batu jauhnya.. huhuhu...



 p/s : ni bukan nak kutuk antara boys or gurlzz... tp, ni supaya masing2 dapat perbaiki antara satu sama lain.. okew.. ni pon utk memperbetulkan diri aku jugak.. okew.. sama2 kita memperbaikinya... okew.. chow dlu.. yabedabeduu...!!! 

ASSALAMUALAIKUM....

Tuesday, December 7, 2010

LEMAK VS KOLESTROL....!!!

Assalamualaikum....




kali ni aku nak kongsi berkaitan ngan lemak ngan kolestrol... haiyooo... sejak akhir2 nie, org sekeliling aku asyik cakap sal lemak n kolestrol.. kadang2, ini wat aku pon terpikir.. ye la, kot2 oneday, aku plak yg akan menghidapi menda2 cam ni.. so, before terlambat, better cegah dari awal.. bagi yg sudah melibatkan diri ngn gejala yg digeruni ini, masih ada masa ag nak berubah.. hehehe...Watever dugaan yg mendatang, tak kira lemak ke, kolestrol ke, asalkan kita pandai jaga kesihatan diri sudah ler.. hehehe... but, nowadays, sbg gurlz cam aku ni, kena gak amik kira sal hal ni.. yea la, zaman skrng taste dak2 laki dah makin tinggi.. xnak awek yg gemokkss!! tapi betol ape, kawan aku yg gemokkss, sibuk je nak membuzykan diri semata2 nak kurus.. kononnya, takot pakwe carik lain.. hehe.. actually, sumernya bergantung pada hati.. law hati dah suka, pape pon si dia akan terima.. tak gitu cik abg sekalian???? hehehe



okew... lets discuss about cholestrol and fatsss.... sebenarnya, lemak and kolestrol ni menda yg sama jep.. di mana ada lemak, di situ ada kolestrol... and dimana ada kolestrol, di situ ada lemak.. hehehe...

but, how the ways to control its?? yep... there have too many ways to control the fat.. tp sblm tu, meh ler nak kenal dlu lemak ni ada berapa jenis and kesannya jika tak dikawal.. okew??!!

Kolestrol yg tinggi dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan such as, strok, pressure, and gangguan jantung..Walaubagaimanapon, kolestrol tetap juga diperlukan oleh tubuh tapi bukan kadar yg berlebihan.. okew?? cuba korang bayangkan, law xde lemak lam badan, ape akan jadi.. penghawa suhu badan xde, pastu kalu luka, cepat berlaku pendarahan.. so, lemak jugak penting okew.. tp be aware la.. pandai la kawalnya..


1) MENJAGA KESEIMBANGAN BERAT BADAN

mengurangkan berat badan adalah salah satu cara untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. percaya atau tak.. kenalah percaya yep.. ni adalah teori yg tak boleh diubah dah. huhu.. pengkaji telah menunjukkan bahawa, berat badan yang berlebihan boleh mengganggu proses metabolisme tubuh dan menghancurkan lemak. so, mengurangkan berat badan adalah cara yang terbaik utk mengawal kadar kolestrol dalam badan anda.





2) AKTIVITI FIZIKAL

salah satu cara inalah berolahraga secara rutin.. yep..!! kena wat secara berterusan la.. jgn la hangat-hangat tahi ayam jep.. ni, bila nak kurus, exercise sampai satu hari.. memang penat la abang2, kakak2 sumer law cam tu.. pas tu, lepas habis exercise, makan berguni-guni sampai tak ingat dunia dah.. hahaha.. cam ne nak kurus law cam tu.. so, kena la pandai.. exercise paling kurang 3 kali seminggu dan kena jaga pemakanan.. okew..!!



3) BERKENALAN DENGAN LEMAK BAIK

Jangan salah anggap  yang sumer lemak tu boleh mendatangkan keburukan pada tubuh anda. Jika korang dah dikesan ada kandungan kolestrol yang tinggi lam tubuh, korang besanya disarankan oleh bapak-bapak doktor agar mengurangkan pengambilan makanan berlemak dalam menu sajian anda.. Sebaiknya, korang kenalah tahu, mane satu makanan yg berlemak, or makanan yg tak berlemak. Contohnya, makanan yg ada lemak seperti avocado, minyak zaitun or kekacang adalah baik utk membantu tok turunkan kadar LDL and increase HDL lam tubuh korang.






4) PENGAMBILAN MULTIVITAMIN


Walaupun korang dah ambik makanan yg sihat, korang mungkin akan kehilangan unsur nutrisi lam tubuh korang. so, bagi mengelakkan terjadinya menda cam tu, korang kena ambik multivitamin or makanan suplemen utk mencukupi keperluan nutrisi lam tubuh korang bagi menurunkan risiko berlakunya penyakit jantung serta strok.  Antara multivitamin yang kornag kena pilih ialah yg mengandungi asid folat, vitamin B6, dan vitamin B12 kerana ketiga-tiga unsur tersebut blh menjaga kesihatan jantung korang.






P/S : kadar kolestrol korang kena ada di bwh 200mg/dL, kadar LDL(kolestrol tak baik) bwh angka 130 dan HDL(kolestrol baik) di angka 40.





NAK KURANGKAN LEMAK DALAM BADAN??

tadi aku citer kat korang pasal kolestrol... skng aku nak story morry ckit sal lemak.. satu yg korang kena tahu, bukan sumer makanan itu menggemukkan. yg penting, korang kena pandai pilih jenis makanan. so, camne nak singkirkan lemak dari badan?? lets check out..!!


1) TEH HIJAU

ramai org law cakap ckit sal teh hijau, mula la nak wat2 loya tekak lah plak.. tapi, korang penah pikir tak yg teh hijau tu boleh mengurangkan kadar kandungan lemak dalam badan.. haa.. jgn tak tahu.. sbb tu ramai org cina skrng suka minum teh hijau, sbb khasiat lam teh hijau tu tinggi.. berdasarkan kajian yg dibuat lam American Journal of Clinical Nutrition, org yang minum sebotol teh hijau setiap hari, selama 3 bulan boleh menghilangkan lemak lebih banyak berbanding minum teh biasa. ini sebabnya ada zat katekin yg seimbang ngn tubuh utk bakar kalori dan menurunkan lemak dalam badan..






2)  BAWANG PUTIH









haaa... ni satu ag.. kalu cakap je bawang putih, mesti ramai akan beranggapan akan bau badan.. risau kononnya takot badan bau, hahahaha.. sehinggakan tak ambik bawang putih dalam makanan.. nak2 pulak, law makan kat kedai, sumer makanan nak tanya ada ke tak bawang putih... hahahhaa.. anti bawang putih kononnya.. law xmndi, bau jugak.. hehehe... Sebenarnya, bawang putih nie, ada kandungan Flavonoid yg ada antioksida. Sebenarnya, bawang putih nie baik untuk awet muda dan kecantikkan.. haaa.. bg sape yg nak jaga kecantikkan, bnyakkanlah mkn bawang putih yep..!! hehehe (habislah... sat g permintaan bawang putih meningkat ) hahha... selain tu jugak, bawang putih ni boleh cegah agar kolestrol yg tidak berguna dalam badan tu tidak berfungsi. Oleh tu, kolestrol yg tersumbat dekat salur asteri tuh dapat la dikurangkan.. Walaubagaimanapon, bagi mane2 yg ada sakit jantung, korang kena la jumpa doktor dulu yep sblm ambik bawang putih nie.. yea la, tkot ada effect..okew..!!



3) ACAR






sebut jep pasal acar, mesti ramai yg teringat masa kenduri.. ye la, kebanyakkan acar hanya dapat dijumpai pada musim kenduri jep, takpon, time ada event makan-makan.. hahahha... law x, susah tol nak jumpa acar nie.. jadi, kena la wat sendiri.. huhuhu... Besanya, org wat acar guna mentimun and wortel kan.. haa, acar nie sebenarnya ada bakteria baik yg dapat menyingkirkan bakteria jahat dalam sistem pencernaan. Selain tu, acar jugak ada kandungan vitamin C yg tinggi. Kandungan antioksidanya lebih tinggi yg dapat bantu penyerapan zat besi menjadi lebih baik. Selain tu jugak, acar ni pon boleh menurunkan kadar gula dalam darah setelah makan. haaaa..... nti boley la mkn acar manyak2 yep...



p/s : kepada sumer kwn2, semoga ape yg tertulis nie, boleh dijadikan panduan lam hidup korang.. ang bg sesape yg berusaha untuk menurunkan berat  badan, aku sokong korang.. tp jngn nti just hangat2 tahi ayam je taw.. and, law yg belum berjaya, insyaallh.. aku doakan korang semoga success yep..!! xkiralah, korang gemokksss or kurus ke, asalkan korang sihat jep!! okew!! aku chow dlu... yabedabeduuuuuu!!!!

ASSALAMUALAIKUM...:)

Tuesday, November 23, 2010

WANITA MAHUKAN INI??

aku tertarik dengan sebuah artikel dari sebuah majalah yg bertajuk wanita mencari kesempurnaan. sometimes, ia buat aku terfikir, its that true?? apa pun, dlm dunia nie, hampir 87% kaum wanita memikirkan cinta. dan yang selebihnya, baru terletak pada perkara-perkara lain. so, what im try to say, love for the women is the most important thing to them to create their future. believe it or not, but sure!! you must believe it.. rata-rata wanita mencari seorang lelaki yang mempunyai CIRI KELELAKIAN.. haaa.. jangan terkejut.. bagaimana ciri kelelakian tu?? Jom kita semak..!!


1- PRIHATIN
sifat gurlz yang salu inginkan perhatian dan pandangan dari lelaki membuatkan ciri ini menjadi keutamaan bagi setiap pmpuan. Ini bukan bermakna lelaki ni mengambil peluang untuk mengongkong setiap pergerakan wanita, tetapi sikap prihatin sorang lelaki akan membuatkan wanita lenih rasa dihargai. ramai yang mengatakan bahawa tanya dah makan or dah mandi ke belum tu dah dikira prihatin. Hello.. tu bukan prihatin namanya. mama and papa i pon boleh tnya kalu setakat dah makan ke, dah minum ke.. apa yg lelaki tu perlu buat, just jadikan gurlz tu rapat and trust kat laki tu.. so that, keselesaan wanita terhadap seseorang lelaki membuatkan si wanita akan berkongsi segala masalah, pandangan, idea or rasa.. haaa.. masa tu la, lelaki memainkan peranan penting untuk menunjukkan keprihatinan korang...selain tu, its include jugak la pasal kesihatan wanita tu, family die cam ne.. ala brader... benda-benda senang je.. bukan susah pon.. huhuhu


2- STABIL DAN KUKUH
seseorang lelaki tu dikira stabil apabila kewangan dan cara hidupnya dapat memberi kesenangan kepada wanita. Haaa.. ni ada jugak jenis yang kedekut.. mane taknya, kuar ngan awek bawa air minerals, pas tu bawa sandwish.. alamak hai... ni bukan zaman batu la bang.. ni zaman moden.. tp, satu je yg aku tak suka bila bercakap pasal kestabilan ekonomi laki nih.. mula nak kata gurlzz ni pisau cukur.. adoii.. brader, cam ne nak takcle awek law xde duit.. sampaikan duit tambang bas pon awek kena belanja. wat malu je..


3- MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
tak semestinya bila kita bercinta, sumer benda kena wat bersama. cam  tak de privacy jep. ada sesetengah perkara perlu diberikan laluan untuk gurlzz wat sesuatu perkara sendirian. jangan sekat ape yg pmpuan suka, asalkan ia tak ganggu hubungan korang, itu dah cukup baik..sumer orang perlukan masa dieorang sendiri. so, bagilah sedikit masa untuk kaum hawa ni buat ape yg die suka.. sekurang-kurangnya, tu boleh hiburkan hati dia dengan caranya sendiri..


4- PEMURAH
lelaki yg pemurah sangat disukai oleh wanita.. ia tak kira lah, dari segi harta benda mahupun pertolongan. jangan sbb nak jadi pemurah sangat, sampai korang sendiri yg sengket sudah la.. jangan sampai terlalu nak tunjuk sifat kemurahan anda sehinggakan tiap-tiap malam just makan biskut kering sudah la.. huhuhu...


5- MEMBERI SOKONGAN PADU
sebagai sorang laki, korang kena lah bagi sokongan padu pada awek korang. bukan setakat awek je, kawan pun sama. sokongan padu tu penting sebagai tanda penghargaan dan semangat yg diberikan pada pasangan. ia juga mencerminkan betapa kamu prihatin dan mengambil berat  pasal pasangan anda. jangan pulak bila awek buat benda salah, korang sokong jugak.. law cam tu matilah. Ngan korang sekali dapat dosa.. pandai-pandai la yea... huhuhu


6- CINTAKAN KEDAMAIAN
keras kepala, panas baran dan ego adalah sifat semulajadi bagi kaum adam. jadi, jangan tunjukkan sangat sikap korang yang xberapa nak baik tu depan kaum hawa ni. Ini akan menakutkan dieorang.. but looking steady, cool, relax je.. malah cintakan ketenangan dan kedamaian boleh menambat hati si dia.. ingat tu..ni tak.. jalan skit marah.. suruh cikit melenting.. keras kepala lak tu.. jangan jadikan perasaan tu sebati ngan diri korang.. cubalah kawal ckit.. baru la minah sebelah tu cair... tak gitu brader..?? huhuhu


7- TENANG  HADAPI DUGAAN
sebagai manusia, kadang-kadang ada perkara yg boleh menjejaskan hubungan korang. so, jgn cepat nak marah, melenting, pukul org tu, sepak terajang orang ni.. x baik gitu.. sebaliknya, suba bertenang, beristifar.. gunakan akal yang waras untuk selesaikan masalah korang.. jangan asyik nak ikot perasaan je.. insyaallah, setiap masalah ada penyelesaian, cuma terpulang pada orang yang mengawal dan mengatasinya.. rase tenang itu semakin hari akan membuatkan awek korang rasa dihormati.. walaupun korang ada masalah, tapi xcepat wat keputusan yang melulu.. tu akan menambah kan lagi rasa sayang dan cinta pada korang (kaum adam).



so, ape yang aku kongsi nie, harap2 boleh dijadikan iktibar dan panduan..selain usaha, kita juga kena tawakal..kerna aku tahu, tak semua orang dalam dunia ni sempurna, tapi tak salahkan kalu kita mencari kesempurnaan untuk menjadi yang lebih baik.. okew..(^_^)

wallahualam...

SUKA DAN DUKA...

setiap org pasti ada masa suka dan duka. Aku pun begitu. Sometimes, when we try to forget it, makin kita akan ingat pada masalah yg melanda. So, what im try to say, semua problem datang silih berganti. Dan semua problem juga ada yg akan bagi kedukaan kpd kita and sometimes, its can make people happy.

Same as me, im always have some problems, its not only about my self, but also including people around me. And, its not only can make me hurt, but also can hurt people around me. And a few days before, aku dah sakiti seseorg. And benda tu bukan secara sengaja aku buat. Im being more stressfull because a lot of problem during im came back to the village. After that, some thing happen, and im become more pasif.

because of that, i want to share with all my friends that how to improve ourself to become more motivate and im also try to do it..!! lets try..!!




1- Sibukkan diri anda

cuba buat diri anda sibuk. Walaupun tak ada benda nak dibuat, cuba untuk anjurkan sesuatu acara/majlis dan banyak luangkan masa bersama kwn-kwn ada. semakin anda sibuk, masalah anda semakin berkurangan dan anda akan cepat melupakan luka dalam diri anda.


2- Banyakkan luangkan masa untuk aktiviti fizikal

anda mungkin boleh cuba untuk bersenam, joging, ataupun pergi ke kelas senamrobik. Hal ini bukan sahaja boleh mengurangkan masalah anda, tetapi boley juga meningkatkan tahap kesihatan anda.


3- Bekerja

berikan tumpuan anda kepada pekerjaan anda. Berikan sepenuh komitmen dan tetapkan target yg anda akan capai dalam pekerjaan anda. Hal ini boleh membantu meningkatkan prestasi dan memberi lebih keyakinan pada diri anda untuk membina kerjaya yang lebih memuaskan.


4- Window shopping

anda juga mungkin boleh keluar bersama rakan-rakan untuk window shopping. Semakin banyak anda luangkan masa bersama rakan-rakan anda, masa luka anda juga akan hilang sedikit demi sedikit.


5- Banyakkan berzikir dan membaca buku motivasi

banyakkan membaca buku motivasi yg boleh mmembina kembali keyakinan diri anda. Anggap sahaja semua yg berlaku ada hikmahnya dan mungkin akan ada yg lebih baik yg ditentukan-Nya untukmu. Selain itu, banyakkan berzikir kerana nikmat zikir besar faedahnya. Ia bukan sahaja meningkatkan kesabaran kita malah boleh memberi ketenangan pada diri kita.. Insyaallah..

Tuesday, November 16, 2010

Kuasa Wanita Kepada insan bergelar LELAKI...

Assalamualaikum...

Hari ni aku tertarik nak tulis pasal kehebatan sorang pmpuan.. Bukan aku nak berbangga sbb aku pmpuan.. Tapi mmg kebenaran dan hakikatnya macam tu. Dalam life seharian kita pun, everything thats related pasal pmpuan mesti akan jadi kelemahan buat sorang lelaki.. Nak tahu lembih lanjut?? Jom..

1- Anak perempuan

mengenai pasal anak perempuan, sudah tentu la parents yg ada anak pmpuan akan manjakan sikit dak pmpuan dari anak laki. Seperti lumrah dan ketentuan, pmpuan ni suka dibelai dan disayangi. Apa-apa yg anak pmpuan nak, mesti akan dapat. Berbanding ngn anak lelaki, dieorg jrang nak minta-minta ni. So, kalu ada pun, apa yg dieorg minta jarang dimakbulkan drpd anak laki. Tu la hakikat. So, kena terima lah yea..


2-  Air mata pmpuan



kalu aku ckp air mata wanita adalah kuasa yg paling besar, korang percaya tak? betol.. tak caye, try la nangis depan laki.. hahhaha... betol.. sememangnya kaum adam akan kalah pada air mata wanita. Dieorg boleh tgk budak - budak nangis, dieorg boleh tgk air mata lembu yg nak disembelih, tapi yg mengalahkan dieorg ialah AIR MATA wanita. So, pd gurls2 yg kat luar sana, berbanggalah anda dijadikan sbg sorang wanita.

Masa nie lah, kalu korang mintak  rumah banglo pon, confirm dapat punya lah.. hahaha... Haaa, jadi, law masa nie, korang nak buat hati si lelaki tu cair, gunalah masa nie. hehehe


3- Merajuk

Satu lagi bg lelaki, ialah wanita yg merajuk. Tapi, be carefull, jgn merajuk terlalu lama. Nanti korang jugak lah yg tergigit jari. Kalu nak merajuk tu, biarlah berpada-pada. Bg gurlz yg merajuk, confirm boys akan wat something nak pujuk awek kesayangan dieorg. Jadi, tu menunjukkan, kelemahan dieorg bagi seorang lelaki.


4- Godaan

Yg nie, tak yah cakap la. Dah memang terang-terang dah. Gerenti boyss akan cair punya la.  Its not only dari cara korang berpakaian, its include cara percakapan, pergerakan yg boleh wat boysss ni cair. Must remember, every part in women's body, its can be power to the boyss to interact them. Ni termasuklah, susuk tubuh, cara korang pandang boys.. Haaa, masa nielah, korang nak goda habis-habis. Pakai la maskara tebal 14 inci, heel 4 inci.. and others ekssesories..

p/s : walaupun we as women have more power to conterol the boysss, must remember that our religion. agama kita melarang kita mendedahkan aurat, agama kita ada kesopanan. Jadi kena la pandai-pandai korang adaptasikan ia. Jgn nanti hanya nak jadi popular or nak menonjol sehinggakan terpaksa pikul dosa berbakul-bakul. Lebih afdal, korang wat la lepas kawin eh.. huhuhu


wallahualam..

Monday, November 15, 2010

Perempuan Simpanan VS Poligami...

Assalamualaikum..

aku pilih tajuk ni sbb ape yg aku perhatikan sekarang, bnyak kes penceraian berlaku disebabkan ada org ketiga tau dikenali sebagai perosak rumah tangga. malah, kadar berlakunya pernceraian lebih tinggi berbanding kadar perkahwinan.. jadi aku cuba cari dimana salahnya.. dan salah satunya adalah kerana PEREMPUAN SIMPANAN..

dari ape yg aku dengar sekarang, ramai lelaki suka simpan pempuan berbanding berkahwin lagi satu. Haa.. mane tidaknya, kalau kawin cume dapat pakai 4 je.. kalu simpan, boley pakai lebih. Aku tak tahu la kenapa, hal ni bukan je berlaku kat orang muda je, tapi yg aku heran, yg bapak-bapak haji ni.. pon nak pakai simpan-simpan jugak ke... adoii.. sah sah-sah dah dapat haji, buat amal, tunaikan rukun islam, aihhh tetiba ada hati jugak nak simpan pempuan.. Astafirullahalazim..

 Yang kesiannya, yg bini kat umah.. kadang-kadang tunggu laki sampai berjam-jam.. tunggu nak makan malam sama-sama lepas laki balik keje.. tub-tub.. bole pulak yang si laki nie pegi jumpa pmpuan simpanan sampai balik umah pon lewat malam... Yg si bini ni lah, tunggu sampai bengkak bijik mata mengantuk.. bukan setakat mengantuk, lapar lagi.. yg bertambah kesian, bila suami dah balik, si isteri ajak makan, yg suami nie boley pulak jawab "abg dah mkn kat luar. abg ngantuk, esk kena keje pagi sb ada meting ".

Kesian betol ngn isteri.. sekurang-kurangnya, jamah lah sikit nak jaga hati isteri.. ni tak, asyik isteri jep kena jaga hati die, hati isteri sape nak jaga.. haaa... kesimpulan daripada cerita pendek di atas, aku nak citer kat korang yg mengapa laki zaman sekarang terutama yg dah berkeluarga lebih memilih untuk simpan pempuan berbanding berpoligami.. situasi ini kebanyakkannya melibatkan org-org yg ada duit. kalau org yang kurang mampu, dieorang nie tahu jugak nak hormat bini.. tapi, ada jugak kot yang simpan angan-angan.. hehehehe...


1 - Hukum agama

dalam hukum agama kan cuma boley nikah sampai 4.. jadi law simpan pmpuan, bole simpan bnyak-banyak.. kalu dah tak suka or bosan, tak payah nak lafaz cerai or jatuhkan talak sumer. haa.. kan senang.. sumer manusia nak yg senang jek kan. mmg lumrah manusia mcm tu.. sumer nak senang jep..

2- Jangka masa yg pendek

sudah tentu ia berkaitan dengan jangka masa yg pendek.. mane tidaknya, guna bila perlu, buang bila tak nak.. macam lampin pakai buang jugak la.. Walaupun terpaksa berhabis duit semata-mata nak bela si pmpuan atau lebih elok dikenali sbg pisau cukur, tp keseronokan punya pasal.. xpe la.. ni kalu dah nikah, kena prepare dokumen cerai, turun naik mahkamah, ambik masa pulak untuk perbicaraan.. bukan ke leceh wat perkara sumer tu.. macam biasa la.. manusia lebih suka benda yg simple dan senang..

3- Jaga hati isteri

ada jugak antara lelaki yg menjadikan faktor "menjaga hati isteri". ye lah, mane tidaknya.. dah hmpir 10 tahun kawin.. tetiba, kalu tahu nak bini lagi, musti kecik hati si isteri.. merajuk pulak.. nak-nak, bila bgtaw bini, haaa, mulalah mengamuk satu kampung.. pinggan mangkuk sumer terbang.. kalu yg murah xpe.. nak-nak yg set luar negara, harga berpuluh-puluh ribu.. huiiii... sayang duit tu... hahhaha.... marah, marah jugak cik kak, pinggan mangkuk mahal tu simpan.. hahhaha

4- berusia dari mak mertua

haaa... faktor nie yang paling azab sekali.. mane taknya... niat n nawaitu dah betol dah.. nak masuk pinang, nak prepare hantaran sumer... bila tiba time meminang, si mertua pulak tak restu.. kang sakit cam tu.. meranalah jiwa.. yela.. mertua mane yg nak terima..

mertua : aku ingatkan , kau pilih yg seiras-iras fahrin ahmad ke, fizol omar ke.. boley jugak aku terima.. ni tak.. kau pilih, yg kubur dah kata mari, umah dah kata pergi..

faktor ini jugak berkemungkinan menjadi penyebab mengapa ramai lelaki lebih memilih untuk simpan pempuan...

p/s untuk mak mertua : terima je la mak cik oi.. daripada die buat maksiat sana-sini.. sekurang-kurangnya, kalu menantu kau mati, boley jugak anak kau merasa jadi janda kaya.. hahhaha

5-  Wasiat

haaa... yg pasal wasiat and harta pusaka nilah yg bahaya.. mane taknya.. kalu dah harta berjuta-juta, tanah berekar-ekar, rumah berbanglo-banglo... xke jadi hura hara nti nak bahagikan tanah tu.. haa.. sbb tu la ramai yg pilih untuk simpan pmpuan.. hal harta pusaka ni, biarlah jadi bekalan untuk keturunannya ..


aku rase dah cukup la 5 faktor yg aku bagi ni yg menjadi punca penyebab adanya pmpuan simpanan.. nti aku akan bg tau, ape keistimewaan or rahsia bg seorang pmpuan simpanan.. haa... sebelum aku tutup coretan aku nie, aku ada pesanan ckit nih.. huhuhu

p/s : 
1- lelaki/suami 
kpd kaum laki yg jenis nie, jgn haraplah kau nak masuk syurga.. tu mmg dah confirm dah... kau nak pmpuan yg baik, tapi kau merosakkan anak dara org..kau takot bini, tapi kau xtakot TUHAN.. satu je aku nak bg ingat, kalu kau buat bini kau menangis or terseksa tanpa sebarang salah, oneday nti, kau akan rasa seperti mane yg bini kau rase malah lebih lagi padahnya...

2- si pmpuan simpanan
haa.. kpd pmpuan nie plak.. aku nasihatkan kau cepat-cepat bertaubat.. kau dah rosakkan masjid yg org bina, kau rampas kebahagiaan dieorg, kau gunakan segala kesempatan dan keseronakkan yg ada.. suatu hari nanti kau adakan dapat kesengsaraan atas kebhagiaan org lain, kau akan dapat kekecewaan atas keseronokan org lain.. cepat-cepat insaf.. lubang kubur xtnggu kau tua untuk kau pergi masuk..

(artikel ni xde kaitan dgn sesiapa.. just untuk menyedarkan yg tersesat, yg baru2 nak cuba, batalkan niat anda.. TUHAN bagi otak untuk pikir.. takkan kemana kalu hidup bergelumang dosa, mati pon terseksa )

WALLAHUALAM...

Wednesday, November 10, 2010

MENGENALI KEKASIH CEMBURU BUTA

hari ni aku nak kongsi sal kekasih yg cemburu buta.. haaa, bagi kekasih yg cemburu buta ni, kadang2 boley merimaskan. ye la, daripada sikap cemburu tu boley menyebabkan si dia mengongkong segala aktiviti pasangannya. mari kita selidikki di mana sikap cemburunya yg boleh merimaskan pasangan..

1) Emosi yg melampau.
- keadaan nie berlaku bila je si dia sering menelefon anda. xsampai 2 minit, telefon lagi.. kadang2 baru je lepas gayut sejam, eish tetiba tepon lagi. dah la tu, kalu lambat angkat kol or lmbat reply mesej, mula nak melenting tak tentu pasal. padahal die tak tahu yg kita nie ada hal ke..

2) Sering melemparkan tuduhan
- haa... keadaan macam nie lagi la menambahkan bengang. mana tak nya, kdg2 bila kita keluar dengan kwn2, mula nak tuduh yg keluar dgn lelaki lain la,ataupun sahabat yg bukan taulan. maka, akan keluarlah kata-kata kesat yg xsedap cuping telinga ni nak mendengar. bukan tu aje, kdg2 ada jugak rase nak sumbat je cili api kat dlm telinga ni.. huisshh.. lebih baik la telinga ni panas sebab cili api berbanding dengan dengar tuduhan dan kataa-kata kesat..

3) Cuba mencari kesalahan anda
- keadaan ini berlaku apabila si dia mula ingin mengambil tahu segala aktiviti yg kamu lakukan. selain daripada itu, si dia  akan mula mengintip ke mana sahaja anda berada. kononnya nak jadi bodyguard la tu, tapi sebenarnya die buat sumer tu semata-mata nak cari kesalahan yg anda mungkin terlepas pandang n mulalah nak marah-marah tak tentu pasal.

4) Sentiasa ingin bersama
- sikap ingin bersama anda 24 jam tentu akan merimaskan anda. privacy anda semakin hari semakin nipis. bukan itu sahaja, jika anda keluar tanpa mengajaknya, si dia pasti akan marah-marah. ditambah pula, kwn2 anda turut sama mendapat tempias kemarahannya.

5) Anti sosial
- hal ini berlaku apabila si dia melarang anda untuk melakukan sebarang aktiviti sosial samada parti, dinner atau sebagainya. katanya " tak perlu sumer tu kalu tak penting ". setiap org ada masa yg tersendiri untuk bersama rakan-rakan dan memerlukan hiburan yg mungkin boley melepaskan tension seharian bekerja.

6) Sikap buruk sangka
- Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

7) Takut dipermainkan.
- Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

8) Pantang telefon berdering.
- Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.


p/s : Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.

Thursday, October 7, 2010

BAGAIMANA NAK MENGATASI PASANGAN YG SEDANG MARAH ??

Dalam mengatasi pasangan yg sedang marah, ramai yg hubungan mereka terputus di tengah jalan kerana tidak tahan dengan kemarahan pasangan masing-masing.Kadang-kadang berhadapan dengan org baran nie, sakit jugak hati. Rasanya nak jugak cekik org yg baran ni. Sikit-sikit nak marah. Ingat dia sorang je tahu nak marah? Tapi, org cakap, api jangan dilawan dengan api. walaubagaimanapun, terdapat langkah untuk mengatasi pasangan yg sedang marah. nak tahu rahsianya?? jom kita semak apa rahsia dan langkah untuk menyejukkan hati org yg sedang marah..

1) Diam buat seketika
- jika pasangan anda sedang marah, cuba anda diam seketika. dengar apa masalah dan keluhan yg membuatkan si dia marah. Jangan sesekali anda cuba untuk interupt ataupun cuba nak melawan kata-kata org yang sedang marah. Nanti tak pasal-pasal, anda jugak yg akan kena marahnya. Cuba dengar apa yg ingin dikatakan dan setelah selesai dia melepaskan geramnya, barulah anda cuba untuk menasihatinya dengan cara baik.

2) Jangan cuba nak berpaling muka atau nak buat tak endah pada pasangan yg sedang marah
- Jika pasangan anda sedang marah, jgn pula anda nak buat tak tahu, ataupun berpaling ke arah lain, ataupun buat kerja lain. Kalau tak, siaplah. Nanti anda jugak yg akan jadi mangsa seterusnya. Walau semarah manapun org itu, cubalah untuk melihat muka si dia. Renung muka si dia, gerenti marahnya akan berkurangan. Walau seburuk manapun, org yg tengah marah nie, cuba tenung je muka dia. Walaupun bak kata org, lebih baik makan hempedu daripada tgk muka si dia, tp cubalah tgk..Cuba lontarkan senyuman pada si dia. Bak kata org, senyum itu adalah penawar kepada kemarahan. Jangan pula anda ketawa, nti tak pasal-pasal kena sapu "BLUSHER" kat  pipi. Ini akan mengurangkan marah si dia.

3) Mengaku kesalahan anda jika berbuat salah
- Jika anda melakukan kesalahan, cepat-cepat mengaku kesalahan  anda sebelum pasangan anda naik angin gila.  Mengaku kesalahan adalah benda paling mulia dilakukan, jika si dia nak marah lagi, sekurang-kurangnya anda berlaku jujur dengan perhubungan anda. Jika pengakuan anda membuatkan si dia makin marah, cuba tanya pada pasangan anda " jika sy jujur salah, kalau sy tipu lagilah salah. awk nak sy terus tipu awk, atau awk nak terima kebenarannya. " Gerenti si dia akan tergamam dan tak akan jawab apa-apa.

4) Jika keadaan semakin tegang, apa yg anda perlu buat adalah BERSERAH JE LA.. 
- mungkin memang hari tu adalah takdir anda untuk dimarahi seseorang. Bila anda berserah, jangan lupa baca ayat Al-Quran surah 4 kul, dan hembuskan ke muka pasangan anda. Nescaya dengan izin ALLAH, marahnya akan berkurangan sekejap sahaja.

Semoga dengan 4 tips ini, boleh membantu pasangan-pasangan di luar sana untuk terus  bahagia dengan perhubungan masing-masing. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia, kenalah pandai menjaga perasaan org lain. Jangan lah sebab kemarahan anda, boleh menguris hati org yang anda sayang.